PAS melihat tindakan Kerajaan meluluskan lesen judi bola baru-baru ini sebagai satu langkah terdesak. Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak dilihat gagal menguruskan kewangan negara hingga menyebabkan kantung ekonomi negara kini jadi kelam kabut. Duit banyak dihabiskan untuk janji pilihan raya kecil.
Lesen Judi - Najib sebagai Perdana Menteri memberikan kelulusan semula kepada Berjaya Group untuk menjual tikel judi bola sepak piala dunia tahun ini dengan harapan mereka boleh mendatangkan hasil cukai yang tinggi. Pelbagai lapisan rakyat dan organisasi menentang keputusan ini tetapi Najib memekakkan telinganya. Ulama’-ulama’ dan Menteri Agama Umno juga diam berkematu.
Mansuh Subsidi? - Kerajaan kini mempertimbangkan untuk memansuhkan subsidi gula, elektrik dan minyak. Jika benar subsidi ini dimansuhkan, harga barangan ini akan melonjak naik dan dikawal sepenuhnya melalui pasaran penawaran dan permintaan secara terbuka. Ini juga akan mendedahkan industri ini kepada manipulasi harga oleh pihak pembekal sumber dimasa akan datang.
GST bebankan rakyat - Jika GST diperkenalkan, kos hidup rakyat akan meningkat bagi semua lapisan dan mereka terdesak untuk menampung perbelanjaan rutin mereka. Kerajaan perlu jelaskan apakah GST ini dan senaraikan barang serta perkhidmatan yang bakal dikenakan GST.
Harga Minyak Naik? - Spekulasi mengenai kenaikan harga minyak sebanyak 15 sen lagi dilihat sebagai satu usaha Kerajaan untuk melihat reaksi rakyat pada masa ini. Mereka sengaja menyebarkan khabar ini seperti sebelum ini dan akhirnya menaikan secara mendadak. Mungkin bukan 15 sen, mungkin lebih lagi.
Rakyat tidak lupa bagaimana Najib, Muhyidin dan menteri-menterinya berjoli dengan duit rakyat dengan pelbagai janji ditabur dalam semua siri pilihanraya kecil (PRK)sejak 2008 yang lalu. PAS mengingatkan Najib bahawa judi itu haram. menghapuskan subsidi itu satu penganiayaan, perkenalkan GST itu satu kezaliman dan menaikan harga minyak itu satu pengkhianatan kepada rakyat.
Kita tidak mahu Najib menjadi Maharaja tanpa singahsana yang dengan sesukahatinya membuat keputusan atas nama Perdana Menteri dan Kabinetnya tanpa merujuk Parlimen. Apa guna kita berpilihanraya sekali dalam 5 tahun jika wakil rakyat yang dipilih dan institusi parlimen tidak dihormati Najib.
http://idrisahmad.wordpress.com/
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26803:-kerajaan-kini-tiada-duit-najib-gagal-urus-ekonomi&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5243
To get listed in Malaysian Bloggers Directory
5 years ago
No comments:
Post a Comment