Selamatkan Negaraku Malaysia

Sikap bermuka-muka, berpura-pura dan berlakun amatlah tidak disenangi rakyat.
Pemimpin perlu bertanggungjawab ke atas kuasa dan kedudukkan mereka semasa masih berkuasa.
Rakyat sentiasa mengharapkan yang terbaik dari pemimpin untuk keharmonian, kesejahteraan dan kemajuan negara.



Friday, September 17, 2010

Anwar Orang Ke 32 Pemikir Terbaik Dunia

Anwar Ibrahim telah tersenarai sebagai orang yang ke 32 Pemikir Terbaik Dunia. Majalah Foreign Policy yang berpusat di Washington DC telah menyenaraikan 100 individu yang telah menyumbangkan buah fikiran terbaik mereka untuk kemakmuran masyarakat dunia.

Ben Bernanke tercatat sebagai orang pertama. Dick Cheney tercatat pemikir yang ke 13. Manakala Paul Kennedy, seorang sejarawan di Universiti Yale adalah pemikir yang ke 100.

Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tahniah juga kepada Pakatan Rakyat kerana mempunyai pemimpin yang ideanya diakui memberi manfaat kepada masyarakat sejagat.

32. Anwar Ibrahim - for challenging the Muslim world to embrace democracy.
Opposition leader People's Justice Party Malaysia

Two decades ago, it would have been impossible to imagine Anwar pulling together rural Malays, ethnic Indians and Chinese, and Islamists into a coherent political bloc. Back then, Anwar was deputy prime minister in a de facto single-party state that espoused preferential treatment for ethnic Malays. It was a policy that Anwar had pushed from his days as a youth leader right up until 1997, when he denounced his patron, then-Prime Minister Mahathir Mohamad, for corruption. He would spend the next six years in solitary confinement on trumped-up charges for that political betrayal. And he would leave jail in 2004 with a bold message for change in a country now at the forefront of the struggle for democracy in the Muslim world. Today, Anwar's political career is blossoming, despite a new, politically motivated indictment. Abroad, he has become an outspoken advocate of religious tolerance.

He sat down with Foreign Policy to talk about his big ideas:

On Muslim countries and the West: You can't just erase a period of imperialism and colonialism. You can't erase the fault lines, the bad policies, the failed policies, the war in Iraq, and support for dictators. That to me is the reality. But what is the problem? When you … apportion the blame only to the West or the United States. They want to deflect from the issue of repression, endemic corruption, and destruction of the institutions of governance.

On his time in prison: I spent a lot of time reading. I decided to focus on the great works and the classics. Friends from around the world were sending books, but it takes months for [the prison] to vet them. There came a book on the Green Revolution at that time. The officer said, "Anything revolution -- out!" even though it was about agriculture. But the books kept coming. The officers were not even graduates, and [the books] were in English. They would say, "Anwar, out of 10 books, can you send back one?" So I would select something I had already read or something I was not interested in and say, "We should reject this."

On politics: Of course, you simplify the arguments [for politics], but the central thesis remains constant. People say, "Anwar, you are opportunistic. How can you talk about Islam and the Quran here, and then you talk about Shakespeare and quote Jefferson or Edmund Burke?" I say, it depends on the audience. You can't talk about Edmund Burke in some remote village in Afghanistan. Then you go to Kuala Lumpur and you quote T.S. Eliot. If I quote the Quran all the time to a group of lawyers, [they will think] I am a mullah from somewhere!

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2009/12/anwar-orang-ke-32-pemikir-terbaik-dunia.html

Monday, September 13, 2010

Siapa yang akan menghancurkan ISRAEL?

Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan Israel? Rasulullah SAW menjelaskan: “Akan muncul dari Khurasan bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipacakkan di Eliya (al-Quds)“. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu’aim bin Hammad). Kehancuran Israel berarti kiamat telah dekat, sehingga banyak orang mempertahankan kekuatan Negara Israel tersebut, namun janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana.

Dimanakah Negara Khurasan itu?

Khurasan adalah satu kawasan/wilayah yang sudah tidak wujud lagi dalam peta dunia. Wilayah Khurasan yang dimaksudkan di dalam hadis itu meliputi kawasan Kabul, Afghanistan, Uzbekistan, sebahagian kecil Iran, sebahagian kecil Pakistan, memanjang ke Barat China meliputi wilayah Xinjiang sampai ke Yunnan. Wallahualam.

Jika dari Afghanistan, tak lain tak bukan pasukan bendera hitam ialah Taliban yang dinaungi Al-Qaeda.

Bendera yang digunakan oleh pejuang Taliban

Wallahualam tapi antara negara lain yang lantang menentang Israel yang termasuk negara Khurasan ialah Iran. Siapa tak kenal Perdana Menterinya yang serba zuhud Mahmoud-Ahmadinejad.

Aku kongsikan gambar yang diterima melalui email, gambar betapa hebatnya sambutan Majlis Tadarus yang di Iran. Aku yakin mereka yang hadir ke majlis mulia ini adalah ikhlas kerana Allah bukan kerana politik dan wang.

Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi bangsa Yahudi, sampai-sampai orang Yahudi berlindung di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon tadi akan berbicara; Wahai orang Islam, hai hamba Allah! di belakangku ada orang-orang Yahudi, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pohon Ghorqod, sebab ia itu sungguh pohonnya Yahudi”. (HR. Ahmad)

Benarkah mereka adalah calon Ashhabu Rayati Suud yang dijanjikan? Tidak hairanlah Yahudi dan Barat seboleh-boleh hendak menghapuskan Taliban, Al Qaeda dan sedang melancarkan kempen anti nuklear di Iran. Wallahualam.

Posted @ www.isuhangat.net.
http://www.isuhangat.net/2010/09/siapa-yang-akan-menghancurkan-israel/#more-2033

Monday, September 6, 2010

Motif Iklan Raya Di TV3 Terbongkar

Susulan artikel tentang iklan raya TV3 yang dikatakan menghina Islam yang disiarkan oleh stesyen televisyen itu sekarang ini, maka banyaklah rungutan yang telah diterima daripada para pembaca yang langsung tidak menyedarinya. Malahan, mungkin bagi mereka yang selalu tiada di rumah, iklan tersebut memang tidak diketahui langsung. Susulan pendedahan ini juga, semakin ramai umat Islam menghantarkan bantahan di laman facebook.

Malahan juga difahamkan, banyak pihak mahu supaya pihak TV3 terutamanya CEO Datuk Farid Ridzuan, memohon maaf atas keterlanjuran ini. Malah, tidak kurang juga mereka yang akan mengadakan demontrasi dan membuat laporan polis terhadap insiden ini. Ternyata TV3 sengaja "menjolok sarang tebuan", disaat isu agama dan perkauman sering dipaparkan mereka pula yang cuba melakukan onar.

Apakah perlu aduan rakyat dibuat terhadap TV3 agaknya. Apakah Karam Singh Walia bisa membuat ulasan tentang masalah ini? Maka, disini kami ingin paparkan satu maklumat terbaru tentang motif iklan tersebut disiarkan oleh TV3. Ternyata ada pihak-pihak tertentu yang ingin mendakyahkan umat Islam terutaman kanak-kanak dan remaja Melayu supaya menerima agama lain dalam hidup mereka terutamanya Kristian dan Buddha. Justeru itulah kita tidak hairan terdapat paparan yang jelas dan mempunyai kaitan langsung dengan motif tersebut.

Antara pembongkaran dasyat yang telah dikenal pasti ialah:-

Scene1, Budak Lelaki Melayu Tilik Buku
Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung... di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene2 - Close Up Muka Surat Bergambar Beca
Scene2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatar belakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene3 , Keluarnya Bintang-Bintang Kecil Beraura
Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya darigambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura -Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih -POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene4, Budak Melayu Masuk Ke Dalam Beca
Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

- yusrizan usop
http://pahangdaily.blogspot.com/

Saturday, September 4, 2010

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.

Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel.

Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan. Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957.

Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Perdana Menteri Malaysia Pertama - BAPA KEMERDEKAAN

http://www.i-putra.com.my/announcement/sej_merdeka_more.htm

10 pembohongan besar media berkenaan Israel

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.

Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.
http://haluanpalestin.haluan.org.my
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28343:10-pembohongan-besar-media-berkenaan-israel&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136

Hudud: Jangan bercakap kalau tak faham

KOTA BHARU, 1 Sept: Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat (gambar) menasihati pemimpin parti politik lebih baik tidak bercakap pasal hudud sekiranya tidak betul-betul memahami konteks hukum berkenaan sebagaimana tuntutan agama.

Beliau berkata, definisi hudud adalah luas bukan sahaja meliputi bab jenayah, sebaliknya termasuklah dalam masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai.
“Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud.

Hakikatnya hudud bermakna batasan.
“Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududullah,” katanya sewaktu dihubungi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendedahkan bahawa pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini.

Ini kerana parti-parti dalam Pakatan itu, termasuk PAS terikat kepada perjanjian bersama yang akan terus mempertahankan dan mengamalkan Perlembagaan sekular sedia ada.

Mengulas lanjut Zainuddin menyifatkan Zulkifli sebagai individu yang telah hilang integriti sekali gus tidak layak untuk mempersoalkan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP dalam usaha pelaksanaan hukum hudud.

Menjawab soalan PAS tetap melaksanakan undang-undang hudud sekiranya Pakatan berjaya menerajui kepimpinan negara meskipun mendapat halangan sekutunya iaitu PKR terutama DAP beliau berkata, prinsip PAS jelas dengan konsep Islam sejak mula penubuhannya lagi.
“Kalau orang kata berfahaman sempit tentang hudud, marah. Tapi dari konsep luaran sendiri pun sudah tidak tahu. Rasulullah mendukung undang-undang hudud dulu bukan di tengah-tengah orang Arab semua, bukan beragama Islam semua. Tapi antara kafir dan Islam, namun tiada sejarah mengatakan kesukaran Rasulullah menghadapi situasi itu.
“Hudud ialah hak-hak Allah, jadi sembahyang juga merupakan sebahagian daripada pelaksanaan hudud. Apa pelik sangat pasal hudud?” soalnya.

Beliau berkata, persoalan sama ada PAS mampu laksanakan hudud atau sebaliknya selagi bersama pakatan tidak menjadi agenda utama perlu dibincangkan buat masa kini.
“Jika ada sebarang pertikaian mengenai hudud dalam apa jua bentuk sekalipun yang melibatkan PAS, PKR dan DAP itu hanya suara-suara politik bagi mengelirukan kefahaman rakyat di samping untuk memecahkan hubungan baik Pakatan,” katanya.
Hafiz Irwan
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28457:hudud-jangan-bercakap-kalau-tak-faham&catid=51:negeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96

Pembanci 2010 Bakal Terima Gaji Dan Elaun Menjelang Aidil Ftiri Pada Minggu Hadapan

Elaun pembanci sebelum raya

BUTTERWORTH – Bayaran elaun kepada sebahagian daripada 26,000 pembanci sambilan di seluruh negara yang mendakwa masih belum menerima bayaran akan diselesaikan selewat-lewatnya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, beliau sendiri akan memastikan bayaran itu dilaksanakan dalam masa terdekat.

Beliau bagaimanapun belum mendapat maklumat lengkap mengenai jumlah sebenar pembanci sambilan yang tidak menerima elaun terhadap tugas yang mereka laksanakan itu.

“Peruntukan secukupnya telah diberi kerajaan kepada Jabatan Perangkaan Negara (JPN) bagi membolehkan proses pembancian dapat dilaksanakan dengan baik.

“Kita akan ambil tindakan untuk mempercepatkan pembayaran itu dan saya tak sangka ada kelewatan tetapi kita akan periksa (apa sebenarnya berlaku) kerana duit memang sudah ada, sudah lama diberikan kepada JPN,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan petugas pembanci sambilan di beberapa buah negeri yang mendakwa belum menerima bayaran elaun seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Oleh RIZAM ZAKARIYA
mohdrizam@kosmo.com.my

TASEK GELUGOR, 4 Sept - Semua petugas kontrak untuk Banci Tahun 2010 akan menerima bayaran gaji dan elaun masing-masing sebelum sambutan Aidilfitri minggu depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata, kerajaan tidak akan menangguhkan bayaran kepada pembanci terbabit, namun jika ada yang masih belum menerimanya, ia adalah kes terpencil dan kerajaan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah itu dengan segera. "Mungkin terdapat sebilangan kecil pembanci yang belum menerima elaun mereka kerana kemungkinan bayaran itu dalam proses, tetapi kita tidak memandang ringan walaupun ia kes terpencil, saya akan hubungi Ketua Perangkaan Negara untuk menyelesaikan masalah ini", katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan kepada keluarga miskin dan anak yatim Persatuan Bekas Tentera Malaysia hari ini.

[Masalah yang timbul ialah difahamkan duit sudah dihantar oleh kerajaan kepada negeri masing-masing untuk diagihkan. Di Pahang ini pun sama, tetapi anehnya kenapa ia tidak sampai kepada pembanci terbabit. Malahan, mereka dilayan seperti peminta sedekah tatkala menuntut hak mereka melalui Pejabat Tanah & Daerah, kemudian diarahkan berjumpa dengan Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri hanya kerana itu. Difahamkan lebhi 1000 orang pembanci di negeri Pahang kini masih belum menerima imbuhan masing-masing. Malah, duit berkenaan juga dipercayai telah "ketirisan" akibat digunakan untuk tujuan lain. Apakah mereka ini temasuk yang akan mendapat ganjaran imbuhan seperti yang dinyatakan oleh menteri yang berkenaan?].

http://pahangdaily.blogspot.com/
http://blog2-pakatan.blogspot.com/