Elaun pembanci sebelum raya
BUTTERWORTH – Bayaran elaun kepada sebahagian daripada 26,000 pembanci sambilan di seluruh negara yang mendakwa masih belum menerima bayaran akan diselesaikan selewat-lewatnya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, beliau sendiri akan memastikan bayaran itu dilaksanakan dalam masa terdekat.
Beliau bagaimanapun belum mendapat maklumat lengkap mengenai jumlah sebenar pembanci sambilan yang tidak menerima elaun terhadap tugas yang mereka laksanakan itu.
“Peruntukan secukupnya telah diberi kerajaan kepada Jabatan Perangkaan Negara (JPN) bagi membolehkan proses pembancian dapat dilaksanakan dengan baik.
“Kita akan ambil tindakan untuk mempercepatkan pembayaran itu dan saya tak sangka ada kelewatan tetapi kita akan periksa (apa sebenarnya berlaku) kerana duit memang sudah ada, sudah lama diberikan kepada JPN,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan petugas pembanci sambilan di beberapa buah negeri yang mendakwa belum menerima bayaran elaun seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Oleh RIZAM ZAKARIYA
mohdrizam@kosmo.com.my
TASEK GELUGOR, 4 Sept - Semua petugas kontrak untuk Banci Tahun 2010 akan menerima bayaran gaji dan elaun masing-masing sebelum sambutan Aidilfitri minggu depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata, kerajaan tidak akan menangguhkan bayaran kepada pembanci terbabit, namun jika ada yang masih belum menerimanya, ia adalah kes terpencil dan kerajaan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah itu dengan segera. "Mungkin terdapat sebilangan kecil pembanci yang belum menerima elaun mereka kerana kemungkinan bayaran itu dalam proses, tetapi kita tidak memandang ringan walaupun ia kes terpencil, saya akan hubungi Ketua Perangkaan Negara untuk menyelesaikan masalah ini", katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan kepada keluarga miskin dan anak yatim Persatuan Bekas Tentera Malaysia hari ini.
[Masalah yang timbul ialah difahamkan duit sudah dihantar oleh kerajaan kepada negeri masing-masing untuk diagihkan. Di Pahang ini pun sama, tetapi anehnya kenapa ia tidak sampai kepada pembanci terbabit. Malahan, mereka dilayan seperti peminta sedekah tatkala menuntut hak mereka melalui Pejabat Tanah & Daerah, kemudian diarahkan berjumpa dengan Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri hanya kerana itu. Difahamkan lebhi 1000 orang pembanci di negeri Pahang kini masih belum menerima imbuhan masing-masing. Malah, duit berkenaan juga dipercayai telah "ketirisan" akibat digunakan untuk tujuan lain. Apakah mereka ini temasuk yang akan mendapat ganjaran imbuhan seperti yang dinyatakan oleh menteri yang berkenaan?].
http://pahangdaily.blogspot.com/
http://blog2-pakatan.blogspot.com/
To get listed in Malaysian Bloggers Directory
5 years ago
No comments:
Post a Comment