Selamatkan Negaraku Malaysia

Sikap bermuka-muka, berpura-pura dan berlakun amatlah tidak disenangi rakyat.
Pemimpin perlu bertanggungjawab ke atas kuasa dan kedudukkan mereka semasa masih berkuasa.
Rakyat sentiasa mengharapkan yang terbaik dari pemimpin untuk keharmonian, kesejahteraan dan kemajuan negara.



Tuesday, March 8, 2011

Tidak cukup dengan mulut, mahathir burukkan anwar melalui tulisan pula

KES liwat DS Anwar `Siri 2' kini sedang dibicarakan oleh mahkamah. Di dalam kes Liwat `Siri 1' mahkamah akhirnya membebaskan Anwar dari pertuduhan tersebut walaupun pihak tertentu menyebut bahawa pembebasan Anwar hanyalah kerana teknikal sahaja.

Jika mahu disebut soal teknikal, di dalam kes Liwat `Siri 1' dulu terlalu banyak teknikal bahkan fakta yang dipersoalkan. Kita masih ingat bagaimana tarikh kejadian di dalam pertuduhan dipinda beberapa kali kununnya `typing error'. Kita juga tidak lupa keterangan Azizan yang menyebut beliau tidak diliwat oleh Anwar, dan banyak lagi. Oleh itu, pelik apanya Anwar dibebaskan kununnya atas sebab teknikal?

Kini, Anwar diheret lagi di dalam kes yang sama melibatkan seorang pemuda yang kuat dan gagah berani jika dibandingkan dengan Azizan. Tidak cukup dengan itu, kini Mahathir mengeluarkan sebuah buku atau Memoir Dr Mahathir bertajuk "A Doctor In The House' yang menulis juga tentang kisah seks Anwar bersama lelaki dan wanita.

Malaysiakini melaporkan, "Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998. Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'."

Ertinya, kerja-kerja untuk memusnahkan karier politik Anwar tidak akan terhenti di mahkamah. Mahathir tidak akan berpuas hati selagi Anwar masih memimpin PR untuk ke Putrajaya kerana beliau cukup bimbang rahsia beliau dan kroni-kroninya akan terbongkar sekiranya Anwar berada di Putrajaya. Mahathir cukup ngeri membayangkan apa yang telah terjadi kepada pemimpin Tunisia dan juga Hosni Mubarak di Mesir.

Apa yang ditulis oleh Mahathir di dalam buku tersebut, seolah-olah Mahathir tahu kesemua cerita seks Anwar dan Mahathir akui beliau mempunyai bukti. Hairannya, Mahathir tidak berani tampil ke mahkamah sebagai saksi di dalam kes liwat `Siri 1' ketika itu. Bukan Mahathir sahaja, wanita-wanita yang Mahathir menyimpan fotonya yang dikatakan terlibat dengan seks bersama Anwar juga tidak tampil sebagai saksi ketika itu. Hanya Umi Hafilda sahaja yang tampil, tetapi wanita ini tidak membawa apa-apa bukti kukuh untuk menyabitkan Anwar di dalam kes tersebut.

Berbeza dengan ceramah Umi sejak kebelakangan ini yang mendakwa beliau punyai bukti kukuh, malahan mempunyai pita video rakaman lagi. Mengapa tidak didedahkan di mahkamah dahulu? Kununnya, Umi tidak mahu dedahkan ketika itu kerana mahu beri peluang kepada Anwar untuk insaf. Jika benar ingin memberi peluang, mengapa sanggup jadi saksi ketika itu?

Ini semua kerja-kerja jahat puak yang begitu takut Anwar berada di Putrajaya. Kehebatan Anwar bukan saja ditakuti oleh penguasa sekarang bahkan yang sudah bersara pun takut seperti Mahathir. Mengapa takut jika tidak pernah melakukan penyelewengan? Mahathir sentiasa berdendam dengan Anwar, jika beliau tidak mampu lagi bersuara kerana sudah semakin tua, beliau tetap akan burukkan dan aibkan Anwar melalui tulisan pula. /wfauzdin.blogspot.com"


http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=3865

Barack Hussein Obama

"Barack Hussein Obama II (lahir 4 Ogos 1961) adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 dan terkini. Beliau merupakan orang Amerika Afrika pertama dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat, serta yang pertama lahir di Hawaii. Sebelum ini, Obama merupakan senator muda dari Illinois sebelum meletakkan jawatan pada 16 November 2008 untuk bertanding dalam pilihan raya presiden.

Selepas menang, Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat di Kapitol Amerika Syarikat pada 20 Januari 2009. Pada 9 Oktober 2009 pula, Obama diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2009 untuk "usaha luar biasanya dalam menguatkan diplomasi antarabangsa dan kerjasama di antarabangsa".

Obama adalah graduan Columbia University dan Harvard Law School, di mana beliau menjadi presiden kepada jurnal Harvard Law Review. Obama juga pernah bekerja sebagai pengurus komuniti dan membuka praktik guaman sebagai seorang peguam hak asasi sebelum berkhidmat selama tiga penggal di dalam Senat Illinois dari tahun 1997 hingga 2004. Beliau mengajar undang-undang perlembagaan di University of Chicago Law School sejak tahun 1992 sampai 2004. Berikutan daripada percubaan yang gagal bagi mendapatkan satu kerusi di dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dalam tahun 2000, beliau telah mengumumkan kempennya bagi kerusi Senat A.S. di dalam bulan Januari 2003. Selepas kemenangan pertama pada bulan Mac 2004, Obama telah menyampaikan ucapan dasar di dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan pada bulan Julai 2004. Beliau telah dipilih mewakili Senat pada bulan November 2004 dengan 70 peratus undi.

Sebagai ahli minoriti Demokrat di Kongres ke-109, beliau menyokong sepenuhnya perundangan mengawal senjata konvensional dan memupuk lebih kebertanggungjawaban awam dalam penggunaan dana persekutuan. Beliau juga mengadakan lawatan rasmi ke Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika. Pada Kongres ke-110, Obama telah menyokong perundangan mengenai melobi dan penipuan pengundian, perubahan iklim, pengembangan nuklear, dan kebajikan untuk anggota tentera A.S. yang sudah kembali. Semenjak mengumumkan kempen presiden pada bulan Februari 2007, Obama menekankan penamatan perang Iraq, peningkatan ketakbersandaran tenaga, dan penyediaan penjagaan kesihatan sejagat sebagai keutamaan negara. Obama mengumumkan di dalam kempen presidennya pada bulan Februari 2007, dan telah dipilih secara rasmi di dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan 2008 dengan senator dari Delaware, Joe Biden, sebagai calon pasangan beliau.

Barack Obama dilahirkan di Pusat Perubatan Kapi'olani untuk Wanita & Kanak-kanak di Honolulu, Hawaii, oleh ibunya Ann Dunham, seorang wanita kulit putih dari Wichita, Kansas yang berdarah Inggeris dan Irish. Bapanya, Barack Obama Sr, pula berketurunan Luo dari Kenya.

Keluarga Ann Dunham berpindah ke Pulau Hawaii. Ibunya bertemu bapanya yang pada masa itu belajar di Universiti Hawaii di Manoa, di mana bapanya seorang pelajar tajaan Kenya. Pasangan ini berkahwin pada 2 Februari 1961. Pada 4 Ogos 1961, Obama dilahirkan di Honolulu. Dua tahun kemudian, ibu bapa Obama berpisah.

Bapanya meninggalkan keluarga untuk melanjutkan pelajaran di Harvard. Bapa Obama kemudian kembali ke Kenya untuk bekerja sebagai ahli ekonomi kerajaan. Obama hanya bertemu bapanya sekali semasa berumur 10 tahun sebelum bapanya maut dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1982.

Selepas bercerai, Dunham berkahwin dengan pelajar Indonesia Lolo Soetoro yang belajar di sebuah kolej di Hawaii. Obama pada ketika itu berusia 6 tahun. Apabila Soeharto berkuasa pada tahun 1967, semua pelajar di luar negara dipanggil pulang dan Obama sekeluarga berpindah ke Indonesia. Di sana Obama belajar di sekolah tempatan di Jakarta seperti Sekolah Awam Besuki dan Sekolah St. Francis Assisi sehingga beliau berumur 10 tahun.

Beliau kemudian kembali ke Honolulu untuk tinggal bersama datuk dan nenek sebelah ibunya, Madelyn dan Stanley Dunham, dan pada masa yang sama belajar di Sekolah Punahou daripada gred lima pada tahun 1971 sehingga beliau tamat sekolah menengah pada tahun 1979.Ibu Obama kembali ke Hawaii pada tahun 1972 untuk lima tahun dan pada tahun 1977 balik ke Indonesia di mana dia bekerja dalam bidang antropologi. Ibunya menghabiskan hampir semua sisa hidupnya di Indonesia sebelum kembali ke Hawaii pada tahun 1994. Dia meninggal kerana kanser ovari pada tahun 1995.

Obama meninggalkan Hawaii dan berpindah ke Los Angeles pada tahun 1979 untuk menyambung pelajaran di Kolej Occidental. Selepas dua tahun, dia berpindah ke Universiti Columbia di Bandar Raya New York pada tahun 1981, di mana dia mengambil jurusan sains politik dengan pengkhususan dalam perhubungan antarabangsa. Dia menamatkan pelajaran sarjana mudanya pada tahun 1983. Selepas graduasi, dia bekerja selama setahun dengan Business International Corporation dan kemudian sebagai penulis kewangan dengan syarikat perunding New York Public Interest Research Group.
Dalam buku pertamanya Dreams from My Father, Obama menulis tentang kekeruan zaman remajanya pada waktu dia cuba memahami warisan darah campuran yang masih menjadi satu kejanggalan di Amerika Syarikat. Latar belakangnya yang mempunyai budaya yang berbeza telah menjadikan Obama mempunyai pandangan yang luas yang dapat membantunya dalam politik.

Saat ia dijelaskan dalam The Audacity of Hope, Obama adalah seorang Kristian yang pandangan keagamaan yang dikembangkan dalam kehidupan dewasanya. Dia menulis bahawa dia "tidak dibesarkan di rumah tangga agama". Ia menjelaskan ibunya, dibesarkan oleh ibu bapa non-religius (yang Obama telah ditentukan di tempat lain sebagai "non-pengamal Methodist dan Baptis"), menjadi terpisah dari agama, namun "dalam banyak hal orang yang paling rohani terbangun yang pernah saya kenal" . Dia menggambarkan ayahnya sebagai "mengangkat seorang Muslim", tapi "disahkan ateis"

http://thepeace08.blogspot.com/2011/03/siapa-barack-husein-obama-ii.html
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=3873

MAHATHIR PEMBOHONG AMNESIA

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah membidas pelbagai dakwaan yang dilakukan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimuatkan di dalam buku autobiografinya yang mula dipasarkan hari ini.

Anwar mendakwa Dr. Mahathir sebagai seorang pembohong besar dan mempunyai amnesia yang selektif. Namun begitu, dakwaan-dakwaan Dr Mahathir di dalam bukunya itu adalah cerita lama dan semuanya telah pun dijawab olehnya sejak beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri pada bulan September 1998 termasuklah dakwaan mengenai empat wanita yang didakwa Dr. Mahathir yang diajak oleh Anwar untuk melakukan seks.

Ia diceritakan di bawah bab bertajuk ‘Anwar’s Challenge’ dalam memoir setebal 800 halaman itu.

Sungguhpun begitu, Ketua Umum PKR itu terus mempertahankan bahawa beliau tidak dipecat dari jawatan nombor dua itu bukan atas dakwaan Dr. Mahathir bahawa ada dua sebab iaitu tidak layak untuk berkhidmat dalam kerajaan dan juga untuk menggantikannya sebagai perdana menteri.

Anwar menegaskan bahawa pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri ekoran keputusan dibuat oleh beliau selaku pemimpin nombor dua ketika itu di dalam kes melibatkan Price Waterhouse Coopers yang menyiasat penyelewengan kewangan melibatkan Tan Sri Eric Chia dan Perwaja.

“Sebenarnya apa yang saya lihat ialah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahannya seperti yang didedahkan dalam buku Barry Wain: Malaysia Maverick. Beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat), kata Anwar.
“Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya Gamal. Dia mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara. Ini yang menjadi pertimbangan dia,” kata Anwar kepada TVSelangor.

Dr Mahathir menurut Ketua Pembangkang itu telah menganggap dirinya sebagai ancaman dan bimbang akan mencabarnya kerana tahu tentang rasuah di kalangan keluarga Dr Mahathir terutamanya melibatkan saham-saham dan kontrak-kontrak kepada Mokhzani (Mahathir) dan Mukhriz (Mahathir) serta ‘bailout’ bagi Mirzan (Mahathir).

Dr Mahathir berkata beliau memanggil pemimpin-pemimpin Umno termasuk ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar ke kediaman rasminya Sri Perdana di sini untuk memberi taklimat mengenai perkara itu dan menunjukkan mereka gambar para saksi.

Anwar walaupun begitu, tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar oleh Mahathir dan menegaskan bahawa masyarakat celik terhadap motif Mahathir untuk terus menyerang beliau.

Selepas berundur dari jawatan itu, Mahathir meneruskan serangan ke atas Anwar dengan sokongan pemimpin-pemimpin Umno yang melihat ketua pembangkang itu sebagai musuh utama parti mereka yang harus ditumpaskan.

KL-Today.com
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2011/03/mahathir-pembohong-amnesia.html