Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah membidas pelbagai dakwaan yang dilakukan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimuatkan di dalam buku autobiografinya yang mula dipasarkan hari ini.
Anwar mendakwa Dr. Mahathir sebagai seorang pembohong besar dan mempunyai amnesia yang selektif. Namun begitu, dakwaan-dakwaan Dr Mahathir di dalam bukunya itu adalah cerita lama dan semuanya telah pun dijawab olehnya sejak beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri pada bulan September 1998 termasuklah dakwaan mengenai empat wanita yang didakwa Dr. Mahathir yang diajak oleh Anwar untuk melakukan seks.
Ia diceritakan di bawah bab bertajuk ‘Anwar’s Challenge’ dalam memoir setebal 800 halaman itu.
Sungguhpun begitu, Ketua Umum PKR itu terus mempertahankan bahawa beliau tidak dipecat dari jawatan nombor dua itu bukan atas dakwaan Dr. Mahathir bahawa ada dua sebab iaitu tidak layak untuk berkhidmat dalam kerajaan dan juga untuk menggantikannya sebagai perdana menteri.
Anwar menegaskan bahawa pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri ekoran keputusan dibuat oleh beliau selaku pemimpin nombor dua ketika itu di dalam kes melibatkan Price Waterhouse Coopers yang menyiasat penyelewengan kewangan melibatkan Tan Sri Eric Chia dan Perwaja.
“Sebenarnya apa yang saya lihat ialah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahannya seperti yang didedahkan dalam buku Barry Wain: Malaysia Maverick. Beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat), kata Anwar.
“Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya Gamal. Dia mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara. Ini yang menjadi pertimbangan dia,” kata Anwar kepada TVSelangor.
Dr Mahathir menurut Ketua Pembangkang itu telah menganggap dirinya sebagai ancaman dan bimbang akan mencabarnya kerana tahu tentang rasuah di kalangan keluarga Dr Mahathir terutamanya melibatkan saham-saham dan kontrak-kontrak kepada Mokhzani (Mahathir) dan Mukhriz (Mahathir) serta ‘bailout’ bagi Mirzan (Mahathir).
Dr Mahathir berkata beliau memanggil pemimpin-pemimpin Umno termasuk ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar ke kediaman rasminya Sri Perdana di sini untuk memberi taklimat mengenai perkara itu dan menunjukkan mereka gambar para saksi.
Anwar walaupun begitu, tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar oleh Mahathir dan menegaskan bahawa masyarakat celik terhadap motif Mahathir untuk terus menyerang beliau.
Selepas berundur dari jawatan itu, Mahathir meneruskan serangan ke atas Anwar dengan sokongan pemimpin-pemimpin Umno yang melihat ketua pembangkang itu sebagai musuh utama parti mereka yang harus ditumpaskan.
KL-Today.com
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2011/03/mahathir-pembohong-amnesia.html
To get listed in Malaysian Bloggers Directory
5 years ago
No comments:
Post a Comment