Selamatkan Negaraku Malaysia

Sikap bermuka-muka, berpura-pura dan berlakun amatlah tidak disenangi rakyat.
Pemimpin perlu bertanggungjawab ke atas kuasa dan kedudukkan mereka semasa masih berkuasa.
Rakyat sentiasa mengharapkan yang terbaik dari pemimpin untuk keharmonian, kesejahteraan dan kemajuan negara.



Friday, July 30, 2010

Petualang Rakyat, 'Senator Cap Ayam' Si Ezam Ternyata Buat Lawak Bodoh Bila Cakap Dia Masuk UMNO Kerana Prinsip Dan Bukannya Duit

Lucunya bila mendengar "petualang rakyat" si Ezam Md Noor mengatakan beliau masuk UMNO bukan kerana "habuan" sebaliknya, beliau meninggalkan PKR "hanya semata-mata kerana prinsipnya". Kenyataan itu dibuat dalam ceramah berapinya di padang bola berdekatan bilik gerakan UMNO di Sri Pendamar, Pelabuhan Kelang malam tadi.

Bekas Ketua Pemuda PKR itu juga secara lantang menyerang "bekas boss"nya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari segenap sudut. Ezam mahukan rakyat Selangor "menyahkan" Anwar yang kononnya menjadi "pengkhianat" kepada negara kerana didakwa "menjadi alat dan perkakas kepada Yahudi".

Ezam mengatakan Anwar sanggup "bersekongkol dengan Yahudi" apabila memohon maaf selepas mengetuai lebih 10 ribu rakyat Malaysia membantah serangan Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza, pada Jun lalu. Tindakan Ezam menyerang Anwar ini memang sudah dijangka sebenarnya.

Tambahan pula kini beliau telah mendapat anugerah "Senator Cap Ayam" bila begitu licik membodek PM Najib Razak dengan strategi terancangnya selama ini. Malah tindakan beliau menghentam Anwar itu dilihat tidak lebih untuk menyakinkan kerajaan UMNO BN agar memilihnya sebagai calon dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Kelicikan politik Ezam ini memang sudah diakui kerana beliau adalah sesumpah sepanjang zaman yang wajar dihapuskan dari muka bumi ini. Ezam tidak layak untuk mengatakan dia bukan pelacur politik malah menafikan dia di bayar untuk buat keputusan (sertai UMNO).

Kenyataannya yang konon masuk UMNO bukan kerana duit itu membuktikan kepada kita bahawa Ezam memang "bahalol" dan "bangang" sebenarnya. Dia fikir rakyat bodoh dan tidak dapat menilai perbuatannya itu. Kononnya dia tidak dapat satu sen atau dua juta malah memang tidak ada pun yang diterimanya. Ezam boleh bercakap kepada "tunggul kayu" atau "pencacai-pencacai UMNO" tetapi bukan kepada rakyat. Pembohongan dan cerita "dongeng" ciptaan "sesumpah Ezam" ini memang sudah tersohor untuk dikenang oleh generasi akan datang.

Mana Sumpah Si Lokman Terhadap Ezam Dulu
Apa yang lebih mengejutkan ialah kelibat Ezam malam tadi juga turut berpasangan dengan "musuh ketatnya" ketika dalam PKR dulu iaitu Si Lokman Noor Adam.

Masih kita ingat "sumpah Lokman" di Masjid Negara pada 19 Feb 2004 dulu? Dalam sumpahnya sambil junjung Quran Lokman mendawwa bahawa cerita Ezam ambil duit RM 1 Juta Estrada (Presiden Filipina) ,sumbangan Ketua Pemuda Terengganu sebanyak RM 300,000 adalah benar. Beliau sedia dilaknat Allah s.w.t. jika dakwaannya tidak benar.

Lokman cabar Ezam untuk lafaz sumpah junjung Quran ditempat yang sama pada 21 Feb 2004 tepat jam 11.00 pagi untuk menafikan dakwaannya itu. Beliau bersumpah selepas dipecat dari menjadi ahli Keadilan atas tuduhan membuat tuduhan liar tanpa bukti, memujuk orang untuk masuk UMNO dan memburukkan nama Keadilan di media massa.

Anehnya sampai sekarang Ezam tidak menjawab sumpah Lokman dan perkara ini masih menjadi tanda tanya sebenarnya. Maknanya Lokman mempunyai bukti yang Ezam melakukan perbuatan rasuah tersebut, malah beliau siap kepilkan dengan resit bukti-bukti yang berkaita selepas itu. Soalnya sekarang, jika Ezam masih belum menjawab sumpahnya maka ini bermakna Lokman tidak wajar bersama Ezam. Apatah lagi sanggup duduk sepentas dengan Senator Cap Ayam itu.

Maka terbuktilah kepada kita bahawa kedua-dua mereka ini tidak layak untuk bercakap lagi soal politik sebenarnya. Mereka umpama "khadam jin" yang akan mengikut segala arahan tuannya selepas diseru. Ezam dan Lokman adalah spesis manusia yang wajar dipupuskan dari muka bumi ini. Mereka pandai menipu, memutar belit dan memainkan kata-kata.

Kini mereka seronok menjadi "tok dalang dan penglipur lara" UMNO untuk "membantai" pakatan rakyat. Tunggulah nanti, bila mereka sudah sedar maka mereka akan kembali membaham UMNO pula.

Akhirnya mereka berdua ini pasti akan "tenggelam bersama labu-labunya".
http://pahangdaily.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment