Selamatkan Negaraku Malaysia

Sikap bermuka-muka, berpura-pura dan berlakun amatlah tidak disenangi rakyat.
Pemimpin perlu bertanggungjawab ke atas kuasa dan kedudukkan mereka semasa masih berkuasa.
Rakyat sentiasa mengharapkan yang terbaik dari pemimpin untuk keharmonian, kesejahteraan dan kemajuan negara.



Tuesday, August 3, 2010

Awas Pegawai Bancian 2010 Palsu

Saya ingin berkongsi pendapat mengenai Bancian 2010 yang sedang berjalan.

Tak banyak yang hendak saya ulas di sini kecuali kini dengan perkembangan teknologi maklumat, kaedah bancian dibuat juga secara online melalui e-Census. Satu kaedah yang pada pendapat saya amat sesuai kerana dapat menyelesaikan beberapa isu seperti keselamatan dan kerahsiaan maklumat.

Bayangkan apabila ada orang mengetuk pintu dan memperkenalkan diri sebagai pegawai banci. Mungkin benar, mungkin tidak. Bagi yang tidak berkeyakinan, apa yang boleh anda lakukan ialah hulurkan borang Identification Particular yang perlu diisi oleh pegawai banci. Selebihnya, anda boleh membuat pengisian secara online melalui e-Census.

Kerahsiaan juga satu isu kerana andai yang datang itu bukan pegawai banci yang sebenar, maka bayangkan segala maklumat isi rumah diperolehi dengan mudah. Contohnya bilangan isi rumah, perolehan isi rumah, jantina dan macam-macam lagi.

Maka, sekali lagi e-Census membantu menyelesaikan masalah kerahsiaan. Tambahan pula, semasa bancian dijalankan, mungkin hanya para isteri sahaja di rumah. Tak gitu?

Bukan bermakna kita tidak patut bekerjasama, tapi lebih baik kita beringat dan berhati-hati/ waspada. Tak mustahil akan ada yang mengambil kesempatan/peluang untuk membuat sesuatu yang tidak wajar.

Apa-apa pun, bancian itu penting untuk merancang ekonomi negara. Saya sendiri pun tak sabar-sabar untuk isi borang e-Census. Cuma menunggu pegawai banci datang dan isi borang Identification Particular je.

Saudara/i boleh muat turun maklumat e-Census di https://ecensus. stats.gov. my/ecensus/ index.php atau laman web utama http://www.statisti cs.gov.my/ portal/index. php?lang= enSemoga Malaysia terus maju, aman dan makmur.

~Shukri~
http://blog2-pakatan.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment