Selamatkan Negaraku Malaysia

Sikap bermuka-muka, berpura-pura dan berlakun amatlah tidak disenangi rakyat.
Pemimpin perlu bertanggungjawab ke atas kuasa dan kedudukkan mereka semasa masih berkuasa.
Rakyat sentiasa mengharapkan yang terbaik dari pemimpin untuk keharmonian, kesejahteraan dan kemajuan negara.



Thursday, December 30, 2010

WikiLeaks: Anwar plans to sue Dr Mahathir, media

WikiLeaks is an international non-profit organisation that publishes submissions of private, secret, and classified media from anonymous news sources and news leaks. Its website, launched in 2006 and run by The Sunshine Press,[3] claimed a database of more than 1.2 million documents within a year of its launch.[7] The organisation describes its founders as a mix of Chinese dissidents, journalists, mathematicians, and start-up company technologists from the United States, Taiwan, Europe, Australia, and South Africa.[3] Julian Assange, an Australian Internet activist, is generally described as its director.[8] WikiLeaks was originally launched as a user-editable wiki site, but has progressively moved towards a more traditional publication model, and no longer accepts either user comments or edits.

Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim will file a suit against former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad for his comments on the WikiLeaks cable controversy.

Anwar's lawyer Sankara Nair confirmed that Anwar would be filing a suit against Dr Mahathir and that they were still gathering further information for "possible suits against several other individuals and certain newspapers.

When asked if Anwar would also be filing a suit against Singapore’s Minister Mentor Lee Kuan Yew, he replied: "Until now, there have been no instructions from my client to sue Lee Kuan Yew."

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/14/nation/20101214192601&sec=nation

Monday, December 6, 2010

Ucapan PM pada Konvensyen BN 2010

UMNO harus berubah atau berisiko untuk rebah.

Saya membunyikan semboyan tersebut kerana menyedari empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa. Empat penyakit tersebut ialah delusion atau khayalan, amnesia atau kelupaan, inertia atau kejumudan dan arrogance atau keangkuhan.

Pertama, penyakit delusion kerana berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan;

Kedua, penyakit amnesia kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal;

Ketiga pula, penyakit inertia yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan.

Seterusnya pula, yang keempat, adalah penyakit arrogance yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai.

Sesungguhnya, semua penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.

Oleh itu, tidak dapat tidak, keempat-empat gejala penyakit ini perlu dielak, dibuang jauh dan dikikis sebelum rasa sayang berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan, sokongan menjadi penentangan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

Sunday, December 5, 2010

Siapa Rosmah Mansor

Siapa wanita yang senantiasa mendampingi Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah, meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas. Rosmah seolah-olah membayangi Najib. Beliau seakan takut Najib tersilap langkah, maka buruk padahnya.


Umum mengetahui bahawa Rosmah terlalu “boros berbelanja”, bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau “queen control”. Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.

Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zawiah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya.

Menurut maklumat, Rosmah senantiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah. Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan.


Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.


Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal-pembaca berita RTM ). Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya.


Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu. Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya.


Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan.


Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.


Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat “tunjuk sebab”, gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran “tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti”. Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti “dipastikan” mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi.


Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib. Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai “wanita nombor satu”.


Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang. Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit “tidak lena” bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA. Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?. Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi “kata dua” kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus “lepaskan Rosmah”. Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai “wanita nombor satu” selepas ini.

[Terkadang kita naik hairan dan pening melihat kelibat Rosmah yang senantiasa disisi Najib. Beliau seolah-olah takut najib akan meninggalkannya atau melakukan sesuatu yang akan menggagalkan hasratnya itu. Sama-samalah kita berdoa agar Rosmah akan diberikan kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan dan mengenali dirinya sebelum beliau menjaga perasaan rakyat. Bagaimana harus Najib dan Rosmah menjadi "nombor satu" sedangkan dalam masa yang sama rakyat diseluruh pelusuk negara baik di kampung, di bandar dan di desa mula sangsi akan penglibatannya dalam kes-kes berkenaan. Beliau tidak mahu ke mahkamah, hanya ahli parlimen BN sahaja yang mempertahankan bahawa Najib sudah mengaku tidak bersalah maka kenapa lagi mahu dituduh !. Punyalah bangangnya ahli parlimen BN ini. Jika begitu Anwar pun kata dia tak bersalah, kenapa pula mahkamah mendakwanya? Bezanya rakyat tak percaya kes Anwar tetapi yakin dan percaya kes Najib]

Internet

Friday, September 17, 2010

Anwar Orang Ke 32 Pemikir Terbaik Dunia

Anwar Ibrahim telah tersenarai sebagai orang yang ke 32 Pemikir Terbaik Dunia. Majalah Foreign Policy yang berpusat di Washington DC telah menyenaraikan 100 individu yang telah menyumbangkan buah fikiran terbaik mereka untuk kemakmuran masyarakat dunia.

Ben Bernanke tercatat sebagai orang pertama. Dick Cheney tercatat pemikir yang ke 13. Manakala Paul Kennedy, seorang sejarawan di Universiti Yale adalah pemikir yang ke 100.

Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tahniah juga kepada Pakatan Rakyat kerana mempunyai pemimpin yang ideanya diakui memberi manfaat kepada masyarakat sejagat.

32. Anwar Ibrahim - for challenging the Muslim world to embrace democracy.
Opposition leader People's Justice Party Malaysia

Two decades ago, it would have been impossible to imagine Anwar pulling together rural Malays, ethnic Indians and Chinese, and Islamists into a coherent political bloc. Back then, Anwar was deputy prime minister in a de facto single-party state that espoused preferential treatment for ethnic Malays. It was a policy that Anwar had pushed from his days as a youth leader right up until 1997, when he denounced his patron, then-Prime Minister Mahathir Mohamad, for corruption. He would spend the next six years in solitary confinement on trumped-up charges for that political betrayal. And he would leave jail in 2004 with a bold message for change in a country now at the forefront of the struggle for democracy in the Muslim world. Today, Anwar's political career is blossoming, despite a new, politically motivated indictment. Abroad, he has become an outspoken advocate of religious tolerance.

He sat down with Foreign Policy to talk about his big ideas:

On Muslim countries and the West: You can't just erase a period of imperialism and colonialism. You can't erase the fault lines, the bad policies, the failed policies, the war in Iraq, and support for dictators. That to me is the reality. But what is the problem? When you … apportion the blame only to the West or the United States. They want to deflect from the issue of repression, endemic corruption, and destruction of the institutions of governance.

On his time in prison: I spent a lot of time reading. I decided to focus on the great works and the classics. Friends from around the world were sending books, but it takes months for [the prison] to vet them. There came a book on the Green Revolution at that time. The officer said, "Anything revolution -- out!" even though it was about agriculture. But the books kept coming. The officers were not even graduates, and [the books] were in English. They would say, "Anwar, out of 10 books, can you send back one?" So I would select something I had already read or something I was not interested in and say, "We should reject this."

On politics: Of course, you simplify the arguments [for politics], but the central thesis remains constant. People say, "Anwar, you are opportunistic. How can you talk about Islam and the Quran here, and then you talk about Shakespeare and quote Jefferson or Edmund Burke?" I say, it depends on the audience. You can't talk about Edmund Burke in some remote village in Afghanistan. Then you go to Kuala Lumpur and you quote T.S. Eliot. If I quote the Quran all the time to a group of lawyers, [they will think] I am a mullah from somewhere!

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2009/12/anwar-orang-ke-32-pemikir-terbaik-dunia.html

Monday, September 13, 2010

Siapa yang akan menghancurkan ISRAEL?

Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan Israel? Rasulullah SAW menjelaskan: “Akan muncul dari Khurasan bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipacakkan di Eliya (al-Quds)“. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu’aim bin Hammad). Kehancuran Israel berarti kiamat telah dekat, sehingga banyak orang mempertahankan kekuatan Negara Israel tersebut, namun janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana.

Dimanakah Negara Khurasan itu?

Khurasan adalah satu kawasan/wilayah yang sudah tidak wujud lagi dalam peta dunia. Wilayah Khurasan yang dimaksudkan di dalam hadis itu meliputi kawasan Kabul, Afghanistan, Uzbekistan, sebahagian kecil Iran, sebahagian kecil Pakistan, memanjang ke Barat China meliputi wilayah Xinjiang sampai ke Yunnan. Wallahualam.

Jika dari Afghanistan, tak lain tak bukan pasukan bendera hitam ialah Taliban yang dinaungi Al-Qaeda.

Bendera yang digunakan oleh pejuang Taliban

Wallahualam tapi antara negara lain yang lantang menentang Israel yang termasuk negara Khurasan ialah Iran. Siapa tak kenal Perdana Menterinya yang serba zuhud Mahmoud-Ahmadinejad.

Aku kongsikan gambar yang diterima melalui email, gambar betapa hebatnya sambutan Majlis Tadarus yang di Iran. Aku yakin mereka yang hadir ke majlis mulia ini adalah ikhlas kerana Allah bukan kerana politik dan wang.

Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi bangsa Yahudi, sampai-sampai orang Yahudi berlindung di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon tadi akan berbicara; Wahai orang Islam, hai hamba Allah! di belakangku ada orang-orang Yahudi, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pohon Ghorqod, sebab ia itu sungguh pohonnya Yahudi”. (HR. Ahmad)

Benarkah mereka adalah calon Ashhabu Rayati Suud yang dijanjikan? Tidak hairanlah Yahudi dan Barat seboleh-boleh hendak menghapuskan Taliban, Al Qaeda dan sedang melancarkan kempen anti nuklear di Iran. Wallahualam.

Posted @ www.isuhangat.net.
http://www.isuhangat.net/2010/09/siapa-yang-akan-menghancurkan-israel/#more-2033

Monday, September 6, 2010

Motif Iklan Raya Di TV3 Terbongkar

Susulan artikel tentang iklan raya TV3 yang dikatakan menghina Islam yang disiarkan oleh stesyen televisyen itu sekarang ini, maka banyaklah rungutan yang telah diterima daripada para pembaca yang langsung tidak menyedarinya. Malahan, mungkin bagi mereka yang selalu tiada di rumah, iklan tersebut memang tidak diketahui langsung. Susulan pendedahan ini juga, semakin ramai umat Islam menghantarkan bantahan di laman facebook.

Malahan juga difahamkan, banyak pihak mahu supaya pihak TV3 terutamanya CEO Datuk Farid Ridzuan, memohon maaf atas keterlanjuran ini. Malah, tidak kurang juga mereka yang akan mengadakan demontrasi dan membuat laporan polis terhadap insiden ini. Ternyata TV3 sengaja "menjolok sarang tebuan", disaat isu agama dan perkauman sering dipaparkan mereka pula yang cuba melakukan onar.

Apakah perlu aduan rakyat dibuat terhadap TV3 agaknya. Apakah Karam Singh Walia bisa membuat ulasan tentang masalah ini? Maka, disini kami ingin paparkan satu maklumat terbaru tentang motif iklan tersebut disiarkan oleh TV3. Ternyata ada pihak-pihak tertentu yang ingin mendakyahkan umat Islam terutaman kanak-kanak dan remaja Melayu supaya menerima agama lain dalam hidup mereka terutamanya Kristian dan Buddha. Justeru itulah kita tidak hairan terdapat paparan yang jelas dan mempunyai kaitan langsung dengan motif tersebut.

Antara pembongkaran dasyat yang telah dikenal pasti ialah:-

Scene1, Budak Lelaki Melayu Tilik Buku
Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung... di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene2 - Close Up Muka Surat Bergambar Beca
Scene2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatar belakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene3 , Keluarnya Bintang-Bintang Kecil Beraura
Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya darigambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura -Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih -POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene4, Budak Melayu Masuk Ke Dalam Beca
Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

- yusrizan usop
http://pahangdaily.blogspot.com/

Saturday, September 4, 2010

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.

Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel.

Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan. Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957.

Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Perdana Menteri Malaysia Pertama - BAPA KEMERDEKAAN

http://www.i-putra.com.my/announcement/sej_merdeka_more.htm

10 pembohongan besar media berkenaan Israel

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.

Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.
http://haluanpalestin.haluan.org.my
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28343:10-pembohongan-besar-media-berkenaan-israel&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136

Hudud: Jangan bercakap kalau tak faham

KOTA BHARU, 1 Sept: Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat (gambar) menasihati pemimpin parti politik lebih baik tidak bercakap pasal hudud sekiranya tidak betul-betul memahami konteks hukum berkenaan sebagaimana tuntutan agama.

Beliau berkata, definisi hudud adalah luas bukan sahaja meliputi bab jenayah, sebaliknya termasuklah dalam masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai.
“Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud.

Hakikatnya hudud bermakna batasan.
“Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududullah,” katanya sewaktu dihubungi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendedahkan bahawa pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini.

Ini kerana parti-parti dalam Pakatan itu, termasuk PAS terikat kepada perjanjian bersama yang akan terus mempertahankan dan mengamalkan Perlembagaan sekular sedia ada.

Mengulas lanjut Zainuddin menyifatkan Zulkifli sebagai individu yang telah hilang integriti sekali gus tidak layak untuk mempersoalkan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP dalam usaha pelaksanaan hukum hudud.

Menjawab soalan PAS tetap melaksanakan undang-undang hudud sekiranya Pakatan berjaya menerajui kepimpinan negara meskipun mendapat halangan sekutunya iaitu PKR terutama DAP beliau berkata, prinsip PAS jelas dengan konsep Islam sejak mula penubuhannya lagi.
“Kalau orang kata berfahaman sempit tentang hudud, marah. Tapi dari konsep luaran sendiri pun sudah tidak tahu. Rasulullah mendukung undang-undang hudud dulu bukan di tengah-tengah orang Arab semua, bukan beragama Islam semua. Tapi antara kafir dan Islam, namun tiada sejarah mengatakan kesukaran Rasulullah menghadapi situasi itu.
“Hudud ialah hak-hak Allah, jadi sembahyang juga merupakan sebahagian daripada pelaksanaan hudud. Apa pelik sangat pasal hudud?” soalnya.

Beliau berkata, persoalan sama ada PAS mampu laksanakan hudud atau sebaliknya selagi bersama pakatan tidak menjadi agenda utama perlu dibincangkan buat masa kini.
“Jika ada sebarang pertikaian mengenai hudud dalam apa jua bentuk sekalipun yang melibatkan PAS, PKR dan DAP itu hanya suara-suara politik bagi mengelirukan kefahaman rakyat di samping untuk memecahkan hubungan baik Pakatan,” katanya.
Hafiz Irwan
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28457:hudud-jangan-bercakap-kalau-tak-faham&catid=51:negeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96

Pembanci 2010 Bakal Terima Gaji Dan Elaun Menjelang Aidil Ftiri Pada Minggu Hadapan

Elaun pembanci sebelum raya

BUTTERWORTH – Bayaran elaun kepada sebahagian daripada 26,000 pembanci sambilan di seluruh negara yang mendakwa masih belum menerima bayaran akan diselesaikan selewat-lewatnya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, beliau sendiri akan memastikan bayaran itu dilaksanakan dalam masa terdekat.

Beliau bagaimanapun belum mendapat maklumat lengkap mengenai jumlah sebenar pembanci sambilan yang tidak menerima elaun terhadap tugas yang mereka laksanakan itu.

“Peruntukan secukupnya telah diberi kerajaan kepada Jabatan Perangkaan Negara (JPN) bagi membolehkan proses pembancian dapat dilaksanakan dengan baik.

“Kita akan ambil tindakan untuk mempercepatkan pembayaran itu dan saya tak sangka ada kelewatan tetapi kita akan periksa (apa sebenarnya berlaku) kerana duit memang sudah ada, sudah lama diberikan kepada JPN,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan petugas pembanci sambilan di beberapa buah negeri yang mendakwa belum menerima bayaran elaun seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Oleh RIZAM ZAKARIYA
mohdrizam@kosmo.com.my

TASEK GELUGOR, 4 Sept - Semua petugas kontrak untuk Banci Tahun 2010 akan menerima bayaran gaji dan elaun masing-masing sebelum sambutan Aidilfitri minggu depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata, kerajaan tidak akan menangguhkan bayaran kepada pembanci terbabit, namun jika ada yang masih belum menerimanya, ia adalah kes terpencil dan kerajaan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah itu dengan segera. "Mungkin terdapat sebilangan kecil pembanci yang belum menerima elaun mereka kerana kemungkinan bayaran itu dalam proses, tetapi kita tidak memandang ringan walaupun ia kes terpencil, saya akan hubungi Ketua Perangkaan Negara untuk menyelesaikan masalah ini", katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan kepada keluarga miskin dan anak yatim Persatuan Bekas Tentera Malaysia hari ini.

[Masalah yang timbul ialah difahamkan duit sudah dihantar oleh kerajaan kepada negeri masing-masing untuk diagihkan. Di Pahang ini pun sama, tetapi anehnya kenapa ia tidak sampai kepada pembanci terbabit. Malahan, mereka dilayan seperti peminta sedekah tatkala menuntut hak mereka melalui Pejabat Tanah & Daerah, kemudian diarahkan berjumpa dengan Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri hanya kerana itu. Difahamkan lebhi 1000 orang pembanci di negeri Pahang kini masih belum menerima imbuhan masing-masing. Malah, duit berkenaan juga dipercayai telah "ketirisan" akibat digunakan untuk tujuan lain. Apakah mereka ini temasuk yang akan mendapat ganjaran imbuhan seperti yang dinyatakan oleh menteri yang berkenaan?].

http://pahangdaily.blogspot.com/
http://blog2-pakatan.blogspot.com/

Monday, August 30, 2010

"Berputih Mata", Elaun "Indah Khabar Dari Rupa"

KUANTAN, 27 Ogos - Lebih seribu orang Pegawai Banci Penduduk 2010 di negeri ini bakal berputih mata dan kemungkinan besar tidak dapat "duit raya" seperti yang dijanjikan.

Ini berikutan elaun banci mereka bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos baru-baru ini masih "tergantung" dan tiada tanda-tanda untuk dibayar sebelum Aidil Fitri ini. Maklumat ini sungguh mengejutkan sebenarnya. Pegawai banci yang hanya bekerja secara sambilan dalam tempoh tertentu itu sepatutnya tidak dilayan sedemikian rupa.

Kini ramai yang sangsi untuk menyambung tugas mereka, kerana segala hasil titik peluh mereka seolah-olah tidak dihargai. Kami cuba memantau perkara ini untuk mencari punca sebenar kenapa ini berlaku. Menurut seorang pembanci, mereka kini umpama "peminta sedekah" untuk menagih simpati agar dibayar elaun gaji tersebut. "Apalah gunanya penat lelah, jika kami diperlakukan sedemikian rupa.

Memang bayarannya tidak tinggi, setiap orang hanya mendapat elaun sekitar RM1,000 lebih sahaja untuk tempoh tersebut. Tetapi kami amat memerlukan wang itu untuk perbelanjaan menjelang perayaan nanti", kata seorang pembanci yang tidak mahu namanya disiarkan. Menurut beliau, dia sudah penat berkejar ke Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan untuk bertanyakan tentang elaun tersebut. "Di pejabat daerah dan tanah, kami diarahkan ke pejabat SUK Pahang. Di situ kami diberitahu bahawa elaun masih belum diproses dan mereka mahu kamu bertanya terus kepada Setiausaha Kerajaan Negeri", kata seorang pembanci lain. "Apa maknanya semua ini.

Kami bukannya hamba abdi yang perlu dilayan begitu rupa. Tambahan pula di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kami mahu menuntut hak kami, itu saja!", katanya. Apa yang berlaku ini amatlah malang sekali. tambahan pula kami difahamkan peruntukan oleh kerajaan pusat berjumlah hampir RM15 juta bagi tujuan tersebut telah diterima oleh kerajaan negeri. Soalnya. mana pergi kesemua wang tersebut dan kenapa ditahan elaun para pembanci itu?.
http://pahangdaily.blogspot.com/

Tuesday, August 3, 2010

Awas Pegawai Bancian 2010 Palsu

Saya ingin berkongsi pendapat mengenai Bancian 2010 yang sedang berjalan.

Tak banyak yang hendak saya ulas di sini kecuali kini dengan perkembangan teknologi maklumat, kaedah bancian dibuat juga secara online melalui e-Census. Satu kaedah yang pada pendapat saya amat sesuai kerana dapat menyelesaikan beberapa isu seperti keselamatan dan kerahsiaan maklumat.

Bayangkan apabila ada orang mengetuk pintu dan memperkenalkan diri sebagai pegawai banci. Mungkin benar, mungkin tidak. Bagi yang tidak berkeyakinan, apa yang boleh anda lakukan ialah hulurkan borang Identification Particular yang perlu diisi oleh pegawai banci. Selebihnya, anda boleh membuat pengisian secara online melalui e-Census.

Kerahsiaan juga satu isu kerana andai yang datang itu bukan pegawai banci yang sebenar, maka bayangkan segala maklumat isi rumah diperolehi dengan mudah. Contohnya bilangan isi rumah, perolehan isi rumah, jantina dan macam-macam lagi.

Maka, sekali lagi e-Census membantu menyelesaikan masalah kerahsiaan. Tambahan pula, semasa bancian dijalankan, mungkin hanya para isteri sahaja di rumah. Tak gitu?

Bukan bermakna kita tidak patut bekerjasama, tapi lebih baik kita beringat dan berhati-hati/ waspada. Tak mustahil akan ada yang mengambil kesempatan/peluang untuk membuat sesuatu yang tidak wajar.

Apa-apa pun, bancian itu penting untuk merancang ekonomi negara. Saya sendiri pun tak sabar-sabar untuk isi borang e-Census. Cuma menunggu pegawai banci datang dan isi borang Identification Particular je.

Saudara/i boleh muat turun maklumat e-Census di https://ecensus. stats.gov. my/ecensus/ index.php atau laman web utama http://www.statisti cs.gov.my/ portal/index. php?lang= enSemoga Malaysia terus maju, aman dan makmur.

~Shukri~
http://blog2-pakatan.blogspot.com/

Friday, July 30, 2010

Petualang Rakyat, 'Senator Cap Ayam' Si Ezam Ternyata Buat Lawak Bodoh Bila Cakap Dia Masuk UMNO Kerana Prinsip Dan Bukannya Duit

Lucunya bila mendengar "petualang rakyat" si Ezam Md Noor mengatakan beliau masuk UMNO bukan kerana "habuan" sebaliknya, beliau meninggalkan PKR "hanya semata-mata kerana prinsipnya". Kenyataan itu dibuat dalam ceramah berapinya di padang bola berdekatan bilik gerakan UMNO di Sri Pendamar, Pelabuhan Kelang malam tadi.

Bekas Ketua Pemuda PKR itu juga secara lantang menyerang "bekas boss"nya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari segenap sudut. Ezam mahukan rakyat Selangor "menyahkan" Anwar yang kononnya menjadi "pengkhianat" kepada negara kerana didakwa "menjadi alat dan perkakas kepada Yahudi".

Ezam mengatakan Anwar sanggup "bersekongkol dengan Yahudi" apabila memohon maaf selepas mengetuai lebih 10 ribu rakyat Malaysia membantah serangan Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza, pada Jun lalu. Tindakan Ezam menyerang Anwar ini memang sudah dijangka sebenarnya.

Tambahan pula kini beliau telah mendapat anugerah "Senator Cap Ayam" bila begitu licik membodek PM Najib Razak dengan strategi terancangnya selama ini. Malah tindakan beliau menghentam Anwar itu dilihat tidak lebih untuk menyakinkan kerajaan UMNO BN agar memilihnya sebagai calon dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Kelicikan politik Ezam ini memang sudah diakui kerana beliau adalah sesumpah sepanjang zaman yang wajar dihapuskan dari muka bumi ini. Ezam tidak layak untuk mengatakan dia bukan pelacur politik malah menafikan dia di bayar untuk buat keputusan (sertai UMNO).

Kenyataannya yang konon masuk UMNO bukan kerana duit itu membuktikan kepada kita bahawa Ezam memang "bahalol" dan "bangang" sebenarnya. Dia fikir rakyat bodoh dan tidak dapat menilai perbuatannya itu. Kononnya dia tidak dapat satu sen atau dua juta malah memang tidak ada pun yang diterimanya. Ezam boleh bercakap kepada "tunggul kayu" atau "pencacai-pencacai UMNO" tetapi bukan kepada rakyat. Pembohongan dan cerita "dongeng" ciptaan "sesumpah Ezam" ini memang sudah tersohor untuk dikenang oleh generasi akan datang.

Mana Sumpah Si Lokman Terhadap Ezam Dulu
Apa yang lebih mengejutkan ialah kelibat Ezam malam tadi juga turut berpasangan dengan "musuh ketatnya" ketika dalam PKR dulu iaitu Si Lokman Noor Adam.

Masih kita ingat "sumpah Lokman" di Masjid Negara pada 19 Feb 2004 dulu? Dalam sumpahnya sambil junjung Quran Lokman mendawwa bahawa cerita Ezam ambil duit RM 1 Juta Estrada (Presiden Filipina) ,sumbangan Ketua Pemuda Terengganu sebanyak RM 300,000 adalah benar. Beliau sedia dilaknat Allah s.w.t. jika dakwaannya tidak benar.

Lokman cabar Ezam untuk lafaz sumpah junjung Quran ditempat yang sama pada 21 Feb 2004 tepat jam 11.00 pagi untuk menafikan dakwaannya itu. Beliau bersumpah selepas dipecat dari menjadi ahli Keadilan atas tuduhan membuat tuduhan liar tanpa bukti, memujuk orang untuk masuk UMNO dan memburukkan nama Keadilan di media massa.

Anehnya sampai sekarang Ezam tidak menjawab sumpah Lokman dan perkara ini masih menjadi tanda tanya sebenarnya. Maknanya Lokman mempunyai bukti yang Ezam melakukan perbuatan rasuah tersebut, malah beliau siap kepilkan dengan resit bukti-bukti yang berkaita selepas itu. Soalnya sekarang, jika Ezam masih belum menjawab sumpahnya maka ini bermakna Lokman tidak wajar bersama Ezam. Apatah lagi sanggup duduk sepentas dengan Senator Cap Ayam itu.

Maka terbuktilah kepada kita bahawa kedua-dua mereka ini tidak layak untuk bercakap lagi soal politik sebenarnya. Mereka umpama "khadam jin" yang akan mengikut segala arahan tuannya selepas diseru. Ezam dan Lokman adalah spesis manusia yang wajar dipupuskan dari muka bumi ini. Mereka pandai menipu, memutar belit dan memainkan kata-kata.

Kini mereka seronok menjadi "tok dalang dan penglipur lara" UMNO untuk "membantai" pakatan rakyat. Tunggulah nanti, bila mereka sudah sedar maka mereka akan kembali membaham UMNO pula.

Akhirnya mereka berdua ini pasti akan "tenggelam bersama labu-labunya".
http://pahangdaily.blogspot.com/

Skandal PKFZ: Lebih Banyak "Ikan Besar" Masuk Jala?

PETALING JAYA: Para pemimpin pembangkang hari ini mengalu-alukan keputusan untuk mendakwa bekas presiden MCA, Tun Ling Liong Sik dan Tony Pua dari DAP menjangka lebih banyak "ikan besar" akan didakwa di mahkamah.

Bagus…..melihat Peguam Negara mendakwa ikan besar. Ini merupakan kes rasuah terbesar dalam sejarah Malaysia dan menandakan lebih banyak ikan besar akan masuk jala," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan ketua ekonomis parti itu.

Beliau berkata, pendakwaan kali ini nampak lebih kompeten, terutama apabila pendakwaan selama ini dilakukan dengan cara tidak senonoh atau gagal.

Semalam, Ling bekas menteri pengangkutan, didakwa dengan dua tuduhan menipu berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bekas presiden MCA berusia 67 tahun itu, yang berdepan hukuman penjara jika didapati bersalah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan tersebut.

Sementara itu, Tony Pua yang memberitahu bahawa tokoh berprofil tinggi yang lain turut terlibat berkata, "Ling tidak boleh bertindak seorang diri."

Ditanya sama ada beliau menjangka mendapat berita itu, beliau berkata, "tidak…… sesuatu yang memeranjatkan dan tanda pendakwaan yang positif."
Beliau juga bersetuju apabila ditanya jika perkembangan terbaru ini sebagai tanda pilihan raya umum (PRU) menjelang tiba.

"Kamu meneka soalan yang tepat, tahniah," katanya, tanpa mengulas lebih lanjut.

Pekung di dada Umno-MCA
Sementara itu, pegawai penyelidik PAS Dr Dzulkefly Ahmad yang mengalu-alukan tindakan mendakwa Ling bagaimanapun mengingatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa peristiwa tidak memberi kesan terhadap PRU akan datang.

"Jika Najib berfikir dengan membawa Ling ke muka pengadilan akan menambah sokongan terhadap beliau dan Barisan Nasional, beliau juga perlu diingatkan tentang pembaziran yang beliau bawa selama ini," katanya.

"Beliau boleh memanggil PRU secepat mungkin jika beliau yakin dengan ilusinya," tambah beliau.

Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, perbicaraan Ling boleh membuka lebih banyak pekung dalam parti pemerintah.

"Kita harus ingat bahawa PKFZ adalah projek Umno-MCA. Dengan mendakwa beliau, beliau akan mendedahkan lebih banyak perlakuan rasuah dalam kerajaan Barisan Nasional.

"Semua yang terlibat tidak harus dibiar lepas bebas. Ini merupakan satu permulaan yang baik," terang beliau.

Dalam reaksi spontan, Naib Presiden PKR Azmin Ali juga mengalu-lukan langkah ini berkata, bagaimanapun bahawa Ling seharusnya diberi perbicaraan yang adil bagi membela dirinya.

"Namun secara prinsip, kita ingin melihat tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab, tanpa pilih kasih atau takut, untuk melindungi hak orang awam," katanya kepada FMT.

Walaupun langkah terbaru telah menimbulkan spekulasi bahawa Ling dijadikan "kambing hitam", Ahli Parlimen Gombak itu berkata, Ling adalah watak utama dalam skandal ini."

"Beliau bukan dijadikan kambing hitam. Malahan, sebelum beliau berundur dari kementerian berkenaan beliau menandatangani surat sokongan untuk projek ini, yang digunakan sebagai cagaran oleh kerajaan.

"Saya fikir beliau harus bertanggungjawab dalam soal ini kerana sebagai menteri kabinet, beliau mewakili kerajaan," katanya.

Beliau bagaimanapun, enggan untuk membuat spekulasi berapa banyak lagi "ikan besar" akan didakwa di mahkamah berhubung skandal melibatkan berbilion ringgit ini.

"Kami tidak mahu membuat spekulasi tapi penyiasatan sebelum ini telah mengambil masa yang lama dan saya pasti kamar Peguam Negara akan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan," kata Azmin.

Kepentingan awam harus dilindungi
Sementara itu, Ong Tee Keat yang juga bekas presiden MCA berkata tiada sesiapa harus berada di atas undang-undang walaupun melibatkan ahli parti yang senior seperti Ling.

"Undang-undang mesti dijunjung dan tiada sesiapa di atas undang-undang," katanya, menambah, bagaimanapun beliau tidak berminat dengan personaliti seseorang.

"Harapan saya ialah kepentingan orang ramai, terutama para pembayar cukai, dilindungi," beliau memberitahu para pemberita selepas berucap di Persidangan Undang-Undang Malaysia ke 15, di Kuala Lumpur.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan ini (untuk mendakwa Ling) sebagai berani dan proaktif tetapi berkata, Ling dan pihak pendakwaan harus diberi peluang di mahkamah.

"(Tetapi) persoalan tentang bayaran bon perlu dijawab," katanya dalam Twitter.

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6781

Kabinet dua kali kena tipu, malangnya rakyat Malaysia

Tun Ling Liong Sik bekas Menteri Pengangkutan dan bekas Presiden MCA telah didakwa di mahkamah sesyen kerana didapati melakukan dua kali penipuan terhadap Jemaah Menteri(Kabinet)dalam isu pembelian tanah untuk mega distribution di Pelabuhan Klang bagi tujuan perojek PKFZ.Dua kali penipuan tersebut dilakukan olih Tun Ling Liong Sik pada 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002 di pejabat Perdana Menteri di dalam mesyuarat kabinet kerajaan BN.

Penipuan tersebut telah mengakibatkan kerugian yang sangat besar kepada negara dan rakyat.Isu ini sangat memalukan kerana dalam tempoh tak sampai dua bulan jemaah menteri(kabinet)bolih kena tipu olih seorang anggota kabinet.

Ini menunjukkan dalam kabinet kerajaan BN ada penipu dan ada yang kena tipu.Yang tipu sudah tentu jahat dan bijak.Yang kena tipu pula sudah tentu lemah dan bodoh bangang.Yang tipu tak beramanah yang kena tipu pun sama tak beramanah dan pak angguk dalam mesyuarat jemaah menteri.

Persoalannya ialah bagaimana sebahagian yang kena tipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang dan menjawat jawatan yang lebih besar iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi anggota Jemaah menteri pada 2002 yang turut kena tipu dengan Tun Ling Liong Sik turut kekal dalam kabinet kerajaan Umno/BN.

Penipuan tersebut menunjukan anggota kebinet yang ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan hilang kelayakkan sebagai anggota jemaah menteri termasuk PM dan TPM.

Apalah malang rakyat Malaysia diperentah oleh kerajaan Umno/Bn yang anggota jemaah menterinya orang yang bodoh bangang dan mudah ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan.

Malaysia tak akan maju jika jemaah menteri dari kalangan penipu dan menteri yang mudah ditipu dan ketirisan wang rakyat terus berlaku akibat dari jemaah menteri penipu dan ditipu yang melambangkan bodoh bangang kabinet kerajaan Umno/Bn.

Yang jelas semua mereka ini adalah penipu rakyat Malaysia.Bohong Negara(BN)."SELAMATKAN MALAYSIA DARI PENIPU NEGARA."

Datuk Mahfuz Omar,
Naib Presiden PAS.
http://gemasuara.blogspot.com/
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27870:-kabinet-dua-kali-kena-tipu-malangnya-rakyat-malaysia&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136

Menteri penipu, kabinet ditipu?

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Jika benar Tun Dr Ling Liong Sik menipu kerajaan Malaysia seperti tuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam, bagaimanakah mereka yang ditipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang.

Ketika mempersoalkan perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika benar penipuan itu berlaku, mereka yang ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan hilang kelayakan sebagai anggota jemaah menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ling yang juga bekas Menteri Pengangkutan menghadapi tuduhan menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Perdana Menteri, timbalannya dan sebahagian anggota kabinet kini adalah anggota kabinet pada masa penipuan itu didakwa berlaku.

"Persoalannya ialah bagaimana sebahagian yang kena tipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang dan menjawat jawatan yang lebih besar iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi anggota jemaah menteri pada 2002 yang turut kena tipu masih kekal dalam kabinet kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Jika tuduhan ke atas Ling benar, Mahfuz menyifatkan perkara itu sangat memalukan kerana perkara itu menunjukkan dalam kabinet kerajaan BN ada penipu dan ada yang kena tipu sehingga mengakibatkan kerugian yang sangat besar kepada negara dan rakyat.

"Yang menipu sudah tentu jahat dan bijak. Yang kena tipu pula sudah tentu lemah dan bangang.

“Yang tipu tak beramanah sementara yang kena tipu pun sama tak beramanah dan pak angguk dalam mesyuarat jemaah menteri.

"Apalah malang rakyat Malaysia diperintah oleh kerajaan Umno BN yang anggota jemaah menterinya orang yang bodoh bangang dan mudah ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan," kata Mahfuz.

Malaysia, katanya, tidak akan maju jika jemaah menteri dari kalangan penipu dan menteri yang mudah ditipu terus berkuasa.

Sambil menyatakan BN boleh dibaca sebagai "Bohong Negara," Mahfuz menyeru rakyat supaya "menyelamatkan Malaysia daripada penipu negara".

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap semua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu oleh Liong Sik turut sama dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku itu.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, anggota kabinet bukan anggota pasukan bola sepak amatur.

Jika pasukan bola sepak amatur ditipu, katanya, ia masih boleh dimaafkan.

Tetapi, kata Salahuddin, anggota kabinet memegang jawatan berprofil tinggi yang memberikan kesan amat besar kepada kepentingan dan harta negara.

"Apabila mereka ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan, ia merupakan condict unbecoming kerana mereka sebenarnya melakukan act of negligence yang didefinisikan sebagai the failure to use ordinary care.

"Sebab itulah kesemua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu itu mesti bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan kerana kerugian yang telah ditanggung oleh negara berhubung perkara itu ternyata amat besar," katanya.
Beliau juga tidak mahu menolak spekulasi yang mendakwa tuduhan terhadap Ling itu sebenarnya adalah sindiran pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Perdana Menteri ketika penipuan itu didakwa berlaku.

"Beberapa pihak telah mula mendakwa dan membuat spekulasi bahawa apa yang berlaku itu sebenarnya ialah 'dakwa Ling, sindir Mahathir'.

"Susah juga untuk terus menolak spekulasi itu," katanya

Abdul Aziz Mustafa
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27866:menteri-penipu-kabinet-ditipu&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

“Hubungan Romantis”: Pandangan Para Peguam

Dari Malaysiakini

Beberapa peguam berpandangan imej Jabatan peguam Negara tercemar ekoran dakwaanya bahawa seorang anggota pasukan pendakwaan terlibat dalam hubungan romantis dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun sebahagian lagi berpandangan peranan timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes tersebut hanyalah kecil kerana mereka hanya mengambil nota semasa perbicaraan.

Baljit Singh Sidhu berpendapat dakwaan itu benar-benar menggoncang jabatan tersebut secara serius.

“Tuduhan itu serius dan tak nampak baik untuk pendakwaan. Ia mengarah kepada isu integriti pasukan pendakwaan,” katanya ketika ditemui.

“Sekiranya dakwaan itu benar, ia menunjukkan bahawa DPP tidak bertika dan tidak profesional kerana mempunyai hubungan dengan pengadu.

Baljit yang juga seorang pensyarah berkata, peranan DPP berkenaan Farah Azlina Latif adalah kecil bukan satu isu.

“Fakta bahawa beliau sebahagian daripada pasukan pendakwaan kekal dan ia tidak sepatutnya berlaku,” tambahnya.

Baljit bagaimanapun memuji tindakan Peguam Negara Abdul Gani Patail yang mengeluarkan daripada pasukan pendakwaan terhadap kers Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan tanggapan negatif.

Bagaimanapun seorang peguam kanan yang mahu namanya dirahsiakan sambil ketawa berkata, perkara ini hanya boleh terjadi di Malaysia.
http://anwaribrahimblog.com/2010/07/30/hubungan-romantis-pandangan-para-peguam/

CORRUPTION

The word “corruption” comes from a Latin word meaning “to break” or “to destroy”. Corruption is a cancer that steals from the poor, eats away at governance and moral fibre, and destroys trust. Although corruption exists in both the private and public sector, the corruption of the public sector is a more fundamental evil. This is because the public sector is the enforcer and arbiter of the rules that hold us together, the custodians of our common resources.

Corruption is the abuse of public office for personal gain.

• Corruption exacts a huge toll on our economy

o In a survey of more than 150 high ranking public officials and top citizens from over 60 developing nations, these officials ranked corruption as the biggest obstacle to development and growth in their countries.
o Corruption empties out the public purse, causes massive misallocation of resources, dampens trade and scares away investors
o The World Bank estimates that corruption can reduce a country’s growth rate by 0.5 to 1 percentage points per year. Where there is a lack of transparency and a weak court system, investors stay away.
o Corruption is a form of theft. But it is a form of theft that also damages what is not stolen. This is because corruption involves the capture of decisions involving public funds. Corrupt decisions mis-allocate public resources and cause tremendous waste in the expenditure of public money. Public money is poured down the drain when projects are selected not because of the value they deliver to the public but because of what can be skimmed from them.

• But corruption is more than an economic cost. It is a curse that attacks the root of the tree. Corruption destroys trust, which is nothing less than the glue holding a society and its institutions together. When it becomes rampant and is conducted with impunity, it also demoralizes even those public servants not involved in it. The common people’s experience with government breeds the expectation that they need to pay before things will move. Small businesses suffer as city hall officials come on their rounds to collect mandatory “donations.”

It is time we recognized corruption as the single biggest threat to our nation. In our economy, corruption is the root of our inability to to make the economic leap that we know we are capable of. There is no other reason why a country so blessed with natural resources, a favourable climate and such immense talent should not have done a lot better than we have.

In our political system, corruption is the real reason why our political parties refuse to reform. In the party I belong to it has debased a once noble nationalism and a concern with the welfare of marginalised people into a rush for the gravy train. The economic development we must bring our people is reduced to nothing more than patronage, and patronage is inflated into a right.

The root cause is in our political parties. It is an open secret that tender inflation is standard operating procedure. Within the parties and among politicians, it is already an understood matter that party followers must be ‘fed’. Politics is an expensive business, after all. Where else are we to get the funds? Thus theft of public goods is normalised and socialised among an entire community, and what we had planned to attain by capability is seen by some as something to be attained through politics.

Politicians are the villains in this piece, but they themselves the villains but they themselves are also trapped. The leadership is trapped because they are beholden to political followers who demand that they are looked after. They demand patronage, and the turn the party’s struggle for the welfare of a community into their sense of entitlement to that patronage. So they take their slice of the project. By the time they they and each person down the line all the way down to the contractor takes a lot and there is not enough left to do a decent job, bridges collapse, highways crack, stadiums collapse, hospitals run out of medicine, schoolchildren are cheated in their textbooks. Corruption may look to its perpetrators like a crime without victims, but it leaves a trail of destruction.

No domain seems safe. The humble school canteen is the domain of Umno branch chiefs. The golf course become a favoured way to pass the cash over. We can place bets for RM5000 a hole. For some reason one party keeps losing. And there are 18 holes. Money thus obtained is legal. It can be banked.

We spend billions on the refurbishment of defence equipment; on fighter jets, frigates and submarines. Whe a supplier lays on an exorbitant commission to some shadowy middleman, that commision is built into the price the government pays. That money comes from the ordinary Malaysian.

Military toys are very expensive. I remember from my time in the Ministry of Finance. Even then, patrol craft cost about RM280mil each.

We loved Exocet missiles. As Minister, I had to sign each time the military fired an Exocet missile for testing. Every time we test fired one of them, RM2mil literally went out with a bang. When the UK went to war against Argentina, the UK Government came back to borrow them from us because outside of the UK we had the most of them in the world. We must have been under some extraordinary military threat which I did not understand.

The list is long: procurement of food and clothing for the military, medicine for hospitals and so on. In all these things the Government has been extraordinarily generous. And paid extraordinarily high prices.

Government servants have to face pressure from politicians who expect to be given these contracts because they need money for politics. This corruption is justified because the party’s struggle is sacred. The civil servants can either join the game or be bypassed.

For every government job big or small that goes down, someone feels entitled to a slice of the pie, not because they can do the job, not because they have some special talent or service to offer, but because it is their right. They do not realise that what they demand is the abuse of power for the sake of personal gain, or party gain. They elect those leaders among themselves who are most capable of playing this game. So we get as our leaders people who have distinguished themselves not by their ability to serve the public but at their long proven ability to be party warlords, which is to say, distributors of patronage. And that is a euphemistic way of saying that because of corruption the old, stupid and the criminal are elevated to positions of power while young, talented and honest individuals are frozen out. Corruption destroys national wealth, erodes institutions and undermines character. And it also destroys the process by which a community finds its leaders.

The consequence of this is that the majority are marginalized. Government contracts circulate among a small group of people. Despite all attempts at control and brainwashing, the majority soon catch up to the game.

This game cannot last forever. The longer it is played the more people hate the government and the governing class. They vote against the government, not for the Opposition. They resent the government of the day. In 2008 we saw how the Malaysian people feel about the abuse of power and incompetence caused by corruption.

Since party funding has become the excuse and the vehicle for wholesale corruption, any measure we take to fight it must include the reform of political funding.

It is time we enact a law regulating donations to political parties. Donations must be capped. No donor is to give more than a specified limit, on pain of prosecution. This it to try to prevent special interests from dominating parties. Such money is source of corruption.

Let us limit political donations by law. On top that let the government set up a fund to provide funding to registered political party for their legitimate operational needs. This money can be distributed based on objective criteria and governed by an independent panel. This would close off the excuse that the parties need to raise political funding through government contracts.

Another idea is that we should freeze the bank accounts of people who are being investigated for corruption. Public servants and politicians are by law required to be able to demonstrate the sources of their assets. Those with suspiciously ample asssets should have these assets frozen until they can come up with evidence that they have accumulated them by political means.

This may sound harsh, but only because we live in a country in which almost no one ever gets nabbed for corruption. In China, those found guilty are shot.

In Malaysia we read about MACC investigating this and that but there are no convictions. No one has been punished. We are the nation with no consequences. The MACC finds no fault. The courts do not convict. And our newspapers do not have the independence and vigour to follow up.

We have an MACC with no results. It was a good idea to model our anti-corruption agency after one of the most successful in the world, Hong Kong’s ICAC. However we have taken just bits and pieces of that model. So really this will be no more than PR exercise unless we adopt the model wholesale.

We should repeal the OSA so that people can go to the MACC and the authorities with documentary information on corrupt practice. As things stand, any document which might be incriminating to corrupt public officials is stamped an Offical Secret. A whistleblower risks 7 yrs jail for being in possession of such documents.

We need to identify rot eating through our roots as a nation. It is corruption. We cannot expect the corrupt to embrace reform. It is time for our citizens to stand up and call corruption by its name, and demand reform.

Tengku Razaleigh

Speech at the launching of the book The Shafee Yahaya Story – Estate Boy to ACA Chief by Datin Kalsom Taib
Saturday, 19.6.2010
Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia, Bukit Kiara, Kala Lumpur
http://razaleigh.com/2010/07/19/corruption/

Wednesday, June 9, 2010

Jangan keliru hanya panduan

Kronologi Konspirasi Liwat 2 Saiful
June 08 - Sumber Anil Netto
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5601

Saiful – The chronology
I was getting a bit confused and mixed up with all the dates and times and the sequence of events in the Anwar trial. So I thought it would be best to come up with a chronology of events gleaned from publicly available information especially news reports of the witness testimony at the trial, Saiful’s blog, etc.

Dec 2007/Jan 2008
Saiful meets Najib’s special officer at Najib’s office to get a letter of support for training as a pilot.
But Utusan on 1 July 2008 quotes Najib as saying on 30 June that the meeting took place three months earlier (i.e. March/April 2008?)

March 2008
Before 8 March 2008 – Becomes a PKR volunteer. He’s a BN supporter but campaigns for PKR’s Sivarasa and Elizabeth Wong and votes for PKR candidates.
After March 2008 – Saiful becomes an aide to Anwar

May 2008
Early May – Hongkong trip (per Saiful’s blog)
End May – Bangkok trip (per Saiful’s blog)

June 2008
16-18 – Singapore trip (per Saiful’s blog) - Saiful says he was sodomised during these trips.

24 (Tuesday)
8.30pm – After Maghrib prayers, Saiful is accompanied by Najib’s ex-aide Khairil Anas to meet Najib at the DPM’s residence in Taman Duta. Denies that it was Mumtaz that took him. Najib tells him it is Anwar’s personal problem and that it also affects Saiful’s future. Saiful says he overhears IGP’s number and records it. Meeting lasts 20 minutes. He catches a glimpse of Rosmah on his way out but doesn’t speak to her. Khairil drives Saiful home.
Saiful receives call from SAC Rodwan (then Deputy Director of Criminal Investigation Dept). After a few hours, meets Rodwan the same night in a room at Hotel Melia. (Was it 8.00pm or closer to midnight?) Rodwan requests a second meeting at Concorde Hotel the next day.

25 (Wednesday)
Morning: Saiful contacts IGP and speaks for a minute to tell him about his problems. But is scolded by IGP who thinks it’s a crank call. Second meeting with Rodwan cancelled(?)

26 (Thursday)
Morning: Has a bath.
1.45-2.45pm: Drives from PKR office to condo to send file to Anwar.
3.01-4.30pm: Alleged sodomy takes place at Desa Damansara Condo owned by Hasanudin
Saiful complains after that to Tuah Mohammad.

27 (Friday)
3.01am* – Saiful submits resignation email to Anwar citing his indiscipline and lack of punctuality and lack of qualifications which might embarrass Anwar later. (*per email scanned on Saiful’s blog).
6.28am* – Anwar responds to the email (* per email scanned on Saiful’s blog).
9.30am – Saiful goes to PKR office

Afternoon – performs Friday prayers after just a light rinse.

5.00pm – Attends Anwar Ibrahim Club event with bloggers in Anwar’s house, serves coffee/tea to about a dozen or so people.
11.00pm – Meets Ezam until early morning in Rawang at Bandar Tasik Puteri. He is accompanied by Rahimi Osman and uncle Tuah Mohd Ali. Tells Ezam he has been abused. Also informs Mumtaz earlier in the day.

28 (Saturday)
Meets Tuah and religious teacher Atuk. Later, meets Rahimi. Goes to Tawakal Kuala Lumpur Hospital, but is told that they work only half day there today.
2.00pm: Saiful, accompanied by Tuah, sees Dr Mohamad Osman Abdul Hamid at Hospital Pusrawi complaining of pains.

During examination, informs Dr Osman he was sodomised but doesn’t say by whom. Dr Osman advises him to go to the govt hospital (KL) nearby.

3.00pm – At Hospital KL, registers at outpatient ward. Sees female Indian doctor but is shy, is then referred to a Dr Daniel. Tells him he has been sodomised by Anwar. He is then referred to the Emergency Ward at the One Stop Crisis Centre. Doctor advises him to make a police report.

Two police personnel, a male and a female, come to him with a form.

5.45pm: Saiful makes police report in the ward that he has been allegedly assaulted/sodomised (non-consensual) by Anwar several times over the previous two months. (But the same Utusan report says the police report was made on 29 June.)
7.00pm – Dr Razali receives call at home and is informed of a sodomy case.
9.00pm – Dr Razali arrives at emergency unit, where he meets two specialists, Dr Khairul Nizam Hassan and Dr Siew Sheue Seng (in charge) and a few police personnel. Saiful is examined by these three specialists at the GH, in the presence of IO Jude Pereira. Saiful also mentions a pregnant female doctor being present.
Saiful stays in Hospital until midnight (or spends the night in the hospital?)

29 (Sunday)
12.35am – Dr Siew labels the samples and hands them over to Jude.

Saiful makes more statements to Jude.

July 2008
2-4 – Hospital receives Pathology lab reports.
8 – Saiful starts his blog.
11 – Chemistry reports received by the Hospital indicate presence of semen and mixture of DNA types from two males.
13 – Medical report is signed by the three Hospital KL doctors.
16 – Anwar arrested.
27 – Anwar says he plans to return to Parliament in a by-election near or around Permatang Pauh.
31 – Wan Azizah announces resignation from Permatang Pauh parliamentary seat, paving the way for Anwar to stand as a candidate in the by-election.
August
6 – Election Commission fixes nomination day and polling day for the Permatang Pauh by-election.
15 – Saiful swears on Quran that he was sodomised, just “coincidence” that the day is the eve of nomination day for the Permatang Pauh by-election

(The Star reports:
Asked whether this was the first time he was sodomised,
Saiful said: “Yes, it was.”
Reporters: Do you love Anwar?
Saiful: “No.”
Reporters: Are you straight?
Saiful: “Yes.”)

Saiful clarifies in court that what he meant was “every time I was sodomised, it was Anwar who did it to me”.

26 – Anwar’s secures landslide victory in Permatang Pauh by-election.

If there are any errors or corrections to be made in the above chronology, let me know in the comments below.

Siapa yang benar, apa cerita?

Artikel di bawah dipetik dari email pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Dr. Hiadayah Jr. Semua dijemput membaca dan menilai tulisan tersebut. Saya minta sesiapa untuk cetak dan berikan artikel ini pada Saiful untuk bertanyakan kebenarannya.
by cheguBard Posted by baginda - Tuesday, June 8, 2010
http://bagindareformasi.blogspot.com/2010/06/war2sayfool-ibu-sayfool-coba-dilacur.html

War2SayFOOL-Ibu SayFOOL coba dilacur pleh Bapa SayFOOL, Seorang taik JUDI!!

Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.

Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama. Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.
Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insuran AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati. Halina kemudiannya berkahwin dengan seorang duda bernama Haris.

Halina meninggal beberapa tahun lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat barah payudara. Ketika itu Saiful menuntut di Uniten. Kos rawatan perubatan Halina dibiayai melalui polisi insurannya, begitu juga rumah mereka di yang beralamat di No 78, Jalan 7/6, Bandar Utama, Damansara, PJ. Hasil insuran ibunya juga, Saiful dan Tati mendapat RM2000 setiap orang setiap bulan. Saiful dan Tati bakal mendapat RM 1 juta setiap orang hasil insuran tersebut.

Tati, pada umur 19 tahun berkahwin dengan anak Tan Sri Sulaiman Sujak, bekas Panglima Tentera Udara. Mereka ada chalet di Terengganu, tetapi akhirnya bercerai.

Pada 17 Mei 2008, Saiful bertunang dengan Janna Shariza, anak kepada Mumtaz Jaafar, bekas pelari pecut tahun 70'an. Ketika itu, Saiful beliau bertugas di pejabat Anwar. Mumtaz adalah setiausaha peribadi kepada Rosmah. Apabila mengetahui Saiful bekerja dengan Anwar, maka konspirasi pun dirancang melibatkan puluhan juta ringgit. Dan ketika ini, Azlan yang sudah lama menghilangkan diri muncul kembali.

Ingat, di awal rencana dinyatakan Azlan sanggup melakukan apa saja untuk mendapat wang, walau pun cuba memaksa isteri jadi pelacur. Menggunakan anak untuk memfitnah Anwar adalah peluang pendapatan lumayan bagi Azlan. Ketika inilah berlaku pertemuan di Putrajaya dalam bilik bacaan melibatkan Najib, Rosmah, Mumtaz, Saiful dan seorang lagi yang tidak dikenali.

Antara tugas upahan Saiful yang diberi oleh Najib ialah:
- Mendapat maklumat dan fail mengenai MP Umno/BN yang ingin menyertai PR. (Dan dia berjaya menyeludup sekurang-kurangnya 5 fail kepada Najib).
- Mengaku diliwat untuk menghalang Anwar dari bertanding dalam PRk Permatang Pauh
- Mengaku diliwat bagi menghalang Anwar menjadi PM
- Mengaku diliwat memastikan Anwar terpenjara.

Tidak lama selepas itu, iaitu pada 28 Jun, Saiful pun membuat laporan polis kononnya beliau diliwat. Dan pada ketika ini Azlan muncul di khalayak ramai, iaitu dalam masjid Wilayah dan berlagak sebagai 'Bapa Mithali'. (Anehnya, pertunangan Saiful dengan Janna masih kekal walau pun Saiful mengaku diliwat). Berapakah wang yang diperolehi oleh Saiful dan Azlan untuk melakukan kerja kotor ini? Allah Maha Kaya. Dengan petunjuknya, akan didedahkan kemudian.

Sunday, June 6, 2010

Anwar: Saya Jadi Sasaran Apco

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa yang beliau kini menjadi sasaran serangan lobi antarabangsa yang diketuai oleh rejim Zionis yang berkaitan dengan firma komunikasi Apco Worldwide.

“Mereka berkata saya anti-Yahudi dengan memutarbelit kenyataan (yang saya dibuat) di Parlimen,” kata Anwar dalam satu forum di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

Forum itu dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk membincangkan serangan maut tentera Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang mengorbankan 10 aktivis.

Anwar mendakwa, Apco Worldwide kini sedang membalas dendam terhadap pendedahannya di Parlimen – bahawa khidmat firma itu pernah digunakan oleh kerajaan pimpinan Ehud Barak dan mengilhamkan inisiatif ‘One Israel’.

Anwar menuduh firma komunikasi antarabangsa itu “mempengaruhi” kumpulan pro-Israel tertua B’nai B’rith untuk “menyerang” beliau.

“Apco begitu berpengaruh, bahkan berjaya meyakinkan badan tertua Yahudi untuk menyerang saya secara peribadi dan menghukum saya. Organisasi ini bahkan melabel saya sebagai musuh mereka,” katanya.

Saya cuba lindungi negara

Menurut satu laporan dalam surat tarikh 25 Mei kepada pengerusi jawatankuasa senat mengenai hubungan luar Amerika, John F Kerry, B’nai B’rith menyalahkan Anwar kerana menghasut kebencian terhadap Israel dan Zionis-Yahudi.

Kumpulan pro-Yahudi itu juga mendesak Amerika supaya memutuskan semua hubungan dengan Anwar ekoran kenyataannya yang mengaitkan inisiatif ‘1Malaysia’ Perdana Menteri Najib Abdul Razak dengan ‘One Israel’.

Mereka juga tersinggung dengan tuduhan Anwar bahawa ejen Israel telah menyusup ke dalam ibupejabat pasukan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman.

Anwar mendedahkan hari ini bahawa Apco sudah melangkah setapak lagi dengan mengemukakan satu ‘aduan rasmi’ kepada International Crisis Group (ICG) – sebuah organisasi yang dianggota Anwar – menuduhnya “anti-Yahudi dan anti-Semitic”.

“Saya sudah menjangka serangan (dari kumpulan Yahudi ini). Apco bahkan telah menghantar satu laporan rasmi ke ICG, mengatakan yang saya anti-Yahudi.

“(Namun) ICG juga telah membuat kenyataan yang kuat mengutuk serangan serangan tentera Israel terhadap flotilla,” katanya.

“Saya mengkritik Apco kerana mereka berpengaruh, dan mereka telah berjaya mempengaruhi sebuah organisasi untuk menyerang saya secara peribadi, dan melabel saya musuh Israel.

“Mereka (Apco) yang mengelirukan kenyataan saya mengenai Israel sebagai rasis… (bila) kita cuba untuk melindungi keselamatan dan maruah negara kita,” katanya.

Dari Malaysiakini
Oleh S Pathmawathy


Apco now targetting me, says Anwar

PKR de facto leader Anwar Ibrahim claims that he is now the target of an international lobby spearheaded by alleged Zionist regime-linked public relations firm Apco Worldwide.

Thursday, June 3, 2010

Isu terbaru 1Malaysia

"Isu terbaru di bawah telah menyebabkan penyokong fanatik Melayu Umno mula sangsi dan memperlekeh dasar dan perjuangan Najib dan Umno..mereka mula sedar dari mimpi indah, dan sedikit demi sedikit menaruh sangsi atas keupayaan najib memimpin Umno dan negara...
Antara isu panas tersebut ialah:
1. Isu penyerahan beberapa blok/wilayah minyak yang berharga pada kerajaan Brunei.
2. Penyerahan tanah KTMB (satu2nya tanah kepunyaan Melayu/Malaysia di Singapore) pada kerajaan Singapore.
3. Isu ramalan Malaysia akan bankrup dalam masa sembilan tahun lagi oleh Menteri Umno. (Malaysia diramal bankrup tahun 2019 sebelum diishtihar Malaysia maju 2020?..sungguh lucu Wawasan 2020 Tun M)
4. Isu GST dan penarikan balik subsidi kerajaan kepada rakyat (segala yg berkaitan dengan 'Barang Naik', termasuk desas desus harga minyak akan naik)
5. Isu kerajaan Umno/BN merestui pertaruhan judi bola sempana Piala Dunia 2010
6. Isu penyerahan 40% kouta hak pemilikan tanah orang Melayu di Kampung Baru kepada bukan Melayu

LeeSlimShady

http://amkshahalam.blogspot.com/
http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5460

Wednesday, June 2, 2010

Kat Parlimen sokong Apco, kat luar kutuk Yahudi

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Kekejaman regime yahudi, laknatullah, keatas kapal pengaman Frotilla di laut antarabangsa , mengakibatkan ramai kematian dan cedera parah apabila diserang dgn ganas oleh tentera yahudi. Perbuatan zolim tentera yahudi ini mesti dikecam sehebat2nya. Saya sendiri mengecam kuat setiap kali dipentas ceramah, tazkirah dan solat hajat bersama rakyat. Berbagai pihak termasuk UMNO juga mangutuk dan berdemo tanda marah dan mengutuk tindakan regim israel tersebut.

Tapi mesti juga diingat bahawa apabila pada sessi Parlimen bulan March-April 2010 yg lepas, setelah didedahkan siapa dia APCO WORLDWIDE, ASIASOFT, APCO INTERNATIONAL yang mempunyai hubungan kait terus dengan regim yahudi serta berpengkalan di Tel Aviv, oleh ketua pembangkang, DSAI, namun kesemua ahli Parlimen UMNO telah berkata "setuju" untuk kerajaan membayar RM77 juta kepada APCO Worldwide sebagai bayaran khidmat perunding untuk mempromosikan 1Malaysia serta menguruskan pertemuan Presiden BN/UMNO dengan Obama dan kos pengiklanan RM, istri 1Malaysia di akhbar The New York Times pada 16 April 2010.

Perbahasan isu ini makan masa 2 hari bagi meyakinkan ahli Parlimen supaya menolak APCO. Kesemua ahli Parlimen PR mengecam hebat APCO dan regim yahudi di Parlimen supaya kerajaan tidak membayar dan membatalkan khidmat APCO. Kami berkata "tidak". Namun oleh kerana suara "setuju" lebih kuat dari "tidak' maka lulus pembayaran RM77j uta kpd firma yahudi, APCO WORLWIDE oleh semua ahli Parlimen UMNO/BN.

Persoalanya, kenapa sikap UMNO yg bermuka2 dan membohongi rakyat khususnya orang melayu yg sentiasa diberitahu bahawa UMNO menentang yahudi dan membela rakyat Palestin di luar Parlimen, tetapi pada hakikatnya UMNOlah yg melantik firma yahudi dan membayar RM77j uta kepada APCO Worldwide. Tidakah pimpinan UMNO serta ahli Parlimen UMNO berasa bersalah ? Harap rakyat khususnya masyarakat melayu dapat menilai hakikat sebenar pimpinan UMNO yg bermuka2.

Dalam bab meluluskan lesen judi sukan, bola sepak dunia, UMNO tidak melayan tuntutan ahli UMNO yg mahukan Najib dan kerajaan membatalkan lesen judi sukan ini yg di beri kepada Vincent Tan melalui Ascot Sports S/B. Seluruh rakyat merayu supaya Najib batalkan perbuatan "Rijsun min amali Syaithan", namun Najib langsung tidak mendahulukan rakyat. Lesen ini akan membuka ruang utk anak2 Melayu leka bertarung dan bertaruh.

Mahukah kita benarkan Najib dan kerajaan memberi dan menghantar bara kepada rakyat Malaysia? Inilah kesempatan dan peluang keemasan agar orang dan ahli2 UMNO meninggalkan parti UMNO yg terbukti jelas sesat dan menyesatkan serta melawan perintah Allah seperti termaktub dalam ALQuran, Surah 5: ayat 90, 91 dan 92. Fikir2kanlah serta bertindak pantas dan bijak tinggalkan UMNO sekarang supaya terlepas dari laknat dan kemurkaan Allah.

Allahu 'alam.
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

http://kamparinn.blogspot.com/2010/06/dalam-parlimen-sokong-apco-yahudi.html
http://kedahlanie.blogspot.com/

Pertubuhan Yahudi mahu Amerika putuskan hubungan dengan Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut surat B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu. Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar. Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat.

Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan propaganda anti-Sematic.

Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melebelkan pihak-pihak yang anti Yahudi atau Israel. Bagi pertubuhan itu, langkah Anwar mengkritik Perdana Menteri Najib Razak dengan memasukkan unsur-unsur fitnah anti-Yahudi dan anti-Israel adalah tidak boleh diterima."Contohnya, kenyataannya pada 30 April yang perisik Israel terlibat secara langsung dalam menguruskan kerajaan. "Contoh lain adalah, dia mendakwa agen perisik Israel dalam unit IT pasukan Polis," kata surat itu.

Mereka juga berkata, Anwar mendakwa kerajaan menggunakan khidmat syarikat perhubungan awam yang dikawal oleh Yahudi di Parlimen.

Selain itu, mereka mendakwa Anwar pernah membuat kenyataan kepada Islam Online yang dia mempunyai bukti kerajaan menyokong lobi Yahudi di Amerika dan sesetengah pihak di Israel. "Memandangkan peranan Anwar dalam kebangkitan anti-Sematic dalam politik Malaysia, kami memohon semua pegawai Amerika menggantung sebarang hubungan dengan Anwar Ibrahim," kata surat pertubuhan Yahudi itu.

Sementara itu, pertubuhan ini jugalah yang menyalahkan Flotilla Gaza dan melebelkan Hamas sebagai pertubuhan pengganas. Bagi pertubuhan ini, Flotilla ini adalah satu provokasi oleh kumpulan pro-Hamas yang berlindung di sebalik bantuan kemanusiaan bertujuan untuk memusnahkan negara Yahudi yang dianggap mereka sah itu.
Harakahdaily
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26923:pertubuhan-yahudi-mahu-amerika-putuskan-hubungan-dengan-anwar-&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Dedah Apco-Asiasoft, Pertubuhan Yahudi Pro-Israel Gesa Amerika Putuskan Hubungan Dengan Anwar
http://suara-keadilan.com/news-section?t=2956

Monday, May 31, 2010

Sinar Islam untuk semua

Firman Allah SWT (Surah al-Mumtahanah 60:8): yang bermaksud : Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu Karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Perjuangan untuk Allah
Akhir-akhir ini, pertembungan ini dilihat semakin dahsyat ditambah pula oleh peranan media massa yang turut menyimbah minyak ke atas api pertikaian yang marak. Jika dahulu, parti-parti seperti PAS dilabel sebagai parti perkauman, rasis, radikal dan sebagainya, maka hari ini seolah-olah label itu telah bertukar arah dan dipakai pula oleh golongan yang dulunya mendakwa liberal. Perlulah disedari, PAS sendiri tidak pernah bersikap perkauman sejak dari dahulu hinggalah ke hari ini. Label-label yang negatif yang dipakaikan oleh pihak media massa langsung tidak benar dan hari ini ia terbukti merupakan tuduhan yang tidak berasas semata-mata. Perjuangan PAS sendiri bukanlah mengajak kepada menegakkan idealisme perkauman yang sempit tetapi mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT selaku pencipta alam semesta. Dunia yang indah ini tidak mungkin wujud dengan sendirinya tanpa Pencipta. Akal logik tentu sekali tidak dapat menafikan wujudnya kuasa yang mengatur perjalanan alam yang begitu tersusun ini. Peredaran bulan dan bintang, pergantian malam dan siang yang begitu teratur mustahil wujud kecuali adanya kuasa yang mencipta dan mengurus tadbirnya. Kita tentu sekali boleh menerima bagaimana tubuh badan manusia yang terdiri daripada pelbagai anggota dan beribu-ribu sendi hanya dikawal oleh akal sebagai papan kawalan utama. Demikianlah juga sebuah kilang yang terdiri daripada pelbagai jentera dan mesin namun kesemuanya hanya digerakkan dengan hanya menekan suis utama. Maka begitu jugalah alam semesta yang begitu hebat ini tentulah ditadbir oleh satu kuasa saja. Kuasa ini esa, tidak ada dua dan tiganya.

Asal manusia dari Nabi Adam
Dalam ajaran Islam, Kuasa Yang Maha Mencipta ini disebut Allah SWT. Dialah Tuhan yang menciptakan alam ini untuk kehidupan manusia. Dialah juga yang menciptakan manusia bermula dari seorang lelaki yang dinamakan Adam dan dijadikan pula dari Adam itu isterinya Hawa.

Ini disebut di dalam firmanNya (surah an-Nisa’ 4:1):yang bermaksud : Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.

Merujuk kepada firman Allah SWT ini, agama Islam mengajar penganutnya agar meyakini bahawa semua manusia ini berasal dari bapa yang sama iaitu Adam. Walau apapun warna kulit, manusia sebenarnya bersaudara atau adik-beradik kerana datang dari sulbi yang sama atau satu keturunan. Sebutlah apa nama bangsa sekalipun, ia tetap merupakan anak cucu kepada Nabi Adam. Justeru, langsung tidak timbul soal bangsa dan warna kulit di dalam Islam. Bangsa, bahasa dan warna kulit tidak lain hanyalah merupakan unsur atau ciri untuk membezakan manusia. Oleh yang demikian, ia tidak patut dijadikan punca manusia bersengketa antara satu sama lain. Sekalipun secara fitrahnya manusia tentulah menyintai bangsanya sendiri lebih daripada bangsa yang lain, namun cinta dan kasih itu tidaklah menghalalkan dirinya untuk melakukan kezaliman dan ketidakadilan kepada bangsa yang lain.

Realiti perjuangan Islam
Menghayati maksud firman Allah SWT ini, maka inilah perjuangan Islam di bawa PAS yang ingin membawa masyarakat mengenali Tuhan Yang Maha Mencipta alam ini iaitu Allah SWT. Inilah hasrat para ulama Tanah Melayu satu ketika dahulu yang mengambil inisiatif menubuhkan Parti Islam Se-Tanah Melayu dan hari ini dikenali sebagai Parti Islam Se-Malaysia atau singkatnya PAS. Dari awal penubuhannya hinggalah ke hari ini, matlamatnya tidak pernah lari walau seinci, tidak pernah berganjak walau sejengkal. Misi utamanya ialah memperkenalkan Allah SWT sebagai pencipta dan mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT bukan hanya di tikar sejadah tetapi di medan siasah. Allah itu yang disembah di dalam sembahyang, Allah itu jugalah yang disembah di dalam pentadbiran. Inilah hakikat yang tidak dibawa oleh UMNO yang menyebabkan para alim ulama yang asalnya berada di dalam UMNO bertindak keluar menubuhkan PAS. Sejak 50 tahun yang lampau, kita tidak pernah lekang menyebut hakikat ini di hadapan rakyat jelata. Jatuh bangun kita sepanjang melalui jalan politik ini tidak pernah menjauhkan kita walau sedikit dari matlamat utama memperkenalkan Islam yang tulen kepada masyarakat. Kita mengajak semua lapisan rakyat untuk meyakini bahawa dunia ini diciptakan oleh Allah SWT dengan manusia hanya bertaraf penumpang walau sebesar manapun pangkat dan kuasanya. Kita juga menyeru rakyat agar meyakini bahawa selepas hidup ini akan tiba kehidupan yang lain iaitu alam akhirat. Di alam akhiratlah segala amalan manusia akan dibalas tanpa ditinggalkan sedikitpun oleh Hakim Yang Maha Adil iaitu Allah SWT.PAS akan terus menongkat cita-cita murni ini walau sehebat manapun gelora yang membadai. Kita penuh yakin bahawa UMNO tidak akan jujur di dalam memperkenalkan Islam kepada rakyat Malaysia khususnya. Bagi kita, ke hulu atau ke hilir kita berakit, tetap Islam menjadi tali pengikatnya. Jika kita boleh menerima bahawa di rumah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak, di sekolah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar, di dalam negara ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh rakyat, maka sudah tentu di bumi ada peraturan yang perlu dipatuhi. Peraturan tersebut ialah Islam dan bukan semangat nasionalis yang membawa kepada ideologi perkauman yang sempit. Kesemua enakmen-enakmen peraturan hidup di dunia ini telah termaktub di dalam al-Quran selaku lidah rasmi Allah SWT atau disebut sebagai kalamullah.

Peraturan Islam jamin keamanan semua manusia
Peraturan yang diperkenalkan Islam sama sekali tidak akan menyusahkan manusia. Ia akan mengamankan semua manusia. Lihatlah perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam, kesemuanya merupakan perkara-perkara yang memudaratkan. Menghindarinya bermakna mengamankan hidup kita. Ini kerana mencuri, merompak, berzina, menipu, rasuah, menyeleweng, khianat yang kesemuanya diharamkan oleh Islam turut ditolak oleh kesemua manusia tidak mengira bangsa dan agama. Demikian juga perkara-perkara yang diwajibkan atau digalakkan oleh Islam seperti mentaati pemimpin, mematuhi ajaran nabi, bercakap benar, menepati janji, tidak menipu, menghormati orang tua, menghormati semua agama, menghubungkan persaudaraan adalah kesemuanya merupakan nilai-nilai yang baik dan diterima secara universal. Oleh yang demikian, tidak ada sebab untuk kita menolak ajaran Islam. Jika semua kita menerima pakai ajaran Islam dan boleh menepikan seruan kedaulatan bangsa tertentu sehingga mengguris bangsa lain, saya yakin ia akan mengurangkan ketajaman perselisihan antara kaum yang sedang diasah oleh pihak-pihak tertentu dalam negara kita. Inilah dasar Islam yang cukup adil dan mulia. Maka sesuai dengan maksud al-Quran yang telah dirujuk pada awal di atas, ia jelas menunjukkan bagaimana perintah Allah SWT sendiri supaya melakukan kebaikan kepada orang-orang bukan Islam yang tidak memerangi orang Islam. Atas perintah Allah inilah bagi pihak kerajaan yang berkuasa adalah menjadi tanggungjawab memberi keadilan dan layanan yang baik bukan sahaja kepada umat Islam tetapi seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang sosial mereka.

Menerima pandangan Dr. Yusuf al-Qaradawi
Atas kemuliaan ajaran Islam, maka usaha untuk memperkenalkan Islam yang sebenar turut dilakukan oleh tokoh intelek Islam terkenal, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi melalui bukunya “Golongan Nonmuslim di dalam Masyarakat Islam”. Buku ini adalah antara hidangan istimewa yang sesuai untuk kita hadam dan diskusikan oleh semua pihak ke arah memahami Islam dan menolak prejudis terhadap Islam. Secara peribadi, saya telah mengikuti pandangan beliau semenjak saya pulang ke tanah air sekitar tahun 1960-an. Saya mula menggunakan kitab beliau iaitu ”Islam dan Sekular : Satu Pertentangan” di dalam majlis pengajian yang saya kendalikan. Satu demi satu kitab beliau saya habiskan hinggalah ke hari ini, saya menggunakan kitab karangan beliau iaitu Fiqh Daulah didalam majlis pengajian saya.Sepanjang pengkajian saya terhadap pendekatan yang digunakan oleh beliau, nyata sekali beliau merupakan seorang tokoh intelek yang mengamalkan pendekatan sederhana. Beliau tidak ekstrim dalam mengemukakan pandangannya, dan tidak pula menolak mentah-mentah pandangan orang lain. Sesuai dengan pengalaman yang pernah terlibat dengan usaha dakwah Islamiah menerusi pertubuhan Ikhwanul Muslimin, maka pandangannya dilihat rasional dan berssandarkan pengalaman praktikal serta sesuai untuk direalisasikan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia ini.Justeru, ketokohannya diiktiraf oleh dunia dengan pelbagai anugerah yang diperolehi termasuklah dua anugerah dari Malaysia iaitu anugerah Ijazah Kehormat dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 1996 dan terbaru sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkatkebangsaan pada tahun 2009. Semoga pandangan-pandangan sederhana beliau seperti yang ditulis di dalam banyak bukunya dapat diterima pakai sebagai asas membina hubungan yang harmoni di antara Muslim dengan Nonmuslim di Malaysia.

Sinar Islam memenuhi harapan
Harapan masyarakat Malaysia adalah untuk mewujud sebuah kehidupan aman, damai, sejahtera dan harmoni berteraskan agama. Besarlah harapan agar kita semua dapat menjernihkan pandangan kita terhadap Islam yang sekian lama disolekkan dengan wajah yang comot oleh pihak-pihak yang tertentu. Segala prejudis dan salah faham yang sering mengabui mata hendaklah dicuci sama sekali, agar kita semua dapat melihat warna Islam yang sebenar. Sesungguhnya sinar Islam adalah cahaya yang boleh memenuhi harapan kita semua. Sejarah sendiri menyaksikan bagaimana orang Cina dan India lebih dahulu menerima Islam berbanding orang Melayu. Ia berlaku kerana sinar Islam itu dipancarkan dengan baik kepada mereka. Ia cukup membuktikan bahawa Islam tidak asing di kalangan kedua-dua bangsa ini. Justeru, kepada sahabat sebangsa saya yang masih enggan menerima Islam, ingatlah, sesungguhnya Allah SWT hanya akan memuliakan sesuatu bangsa itu dengan Islam. Tanpa Islam, Allah SWT pastinya akan menggantikan kaum yang lain untuk menerajui pentadbiran di bumiNya sebagaimana firmanNya (surah Muhammad :38):yang bermaksud : dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.Semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT, maka bersetujulah kita dengan kemuliaan dan kebesaran-Nya yang merahmati umat manusia ini dengan sinar Islam.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul AMm PAS.
http://www.blogtokguru.com
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26877:-sinar-islam-untuk-semua&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136